Sabtu, 18 Jun 2016 | 2:56pm
PASUKAN Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa dari Perodua Myvi.
PASUKAN Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa dari Perodua Myvi.

Seorang maut, dua parah kereta bertembung

PROTON Saga remuk teruk akibat kemalangan.
PROTON Saga remuk teruk akibat kemalangan.

SERIAN: Seorang lelaki maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di simpang Kampung Soroban, Jalan Serian-Sri Aman, pagi tadi.

Mangsa, Abdul Malik Bohari, 43, yang memandu Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, jam 11.30 pagi.

Rakannya, Sebastian Beraudau, 30, dan pemandu Proton Saga yang terbabit dalam kemalangan itu, Muhammad Nur Syahmi Mohamad, 19, pula parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 11.31 pagi.

"Ketiga-tiga mangsa yang tersepit dalam kenderaan berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan menyelamat," katanya.

Berita Harian X