Rabu, 3 Ogos 2016 | 5:11pm

Sindiket pecah masuk rumah, curi kenderaan tumpas

KERETA curi yang ditemui semula oleh polis dalam Op Pintu di sekitar Seremban dan Jempol, baru-baru ini. - Foto ihsan PDRM
KERETA curi yang ditemui semula oleh polis dalam Op Pintu di sekitar Seremban dan Jempol, baru-baru ini. - Foto ihsan PDRM

SEREMBAN: Polis menumpaskan satu sindiket pecah rumah dan curi kenderaan selepas menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 40 tahun di sebuah hotel, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nor Azman Muhammad Yusuf, berkata semua suspek ditahan dalam operasi khas oleh Cawangan Risikan/Operasi/Rekod (D4) dinamakan 'Op Pintu' selepas menerima maklumat pada 25 Julai lalu.

"Yang turut ditahan dalam operasi itu adalah ketua kumpulan, lelaki berusia 30-an. Polis juga menemui semula empat kereta di sekitar daerah ini dan Jempol yang dilaporkan hilang di Johor dan Selangor, dianggarkan bernilai RM400,000.

"Siasatan mendapati kumpulan terbabit menjual semula kereta curi kepada pihak ketiga dalam negara," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan, masing-masing kerana pecah rumah dan mencuri.

Berita Harian X