Sabtu, 10 September 2016 | 3:53pm
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang terbabit nahas di Bukit Begunan, Sri Aman, pagi tadi. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang terbabit nahas di Bukit Begunan, Sri Aman, pagi tadi. - Foto ihsan bomba

2 maut, 4 parah nahas dua kereta

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang terbabit nahas di Bukit Begunan, Sri Aman, pagi tadi. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang terbabit nahas di Bukit Begunan, Sri Aman, pagi tadi. - Foto ihsan bomba

SRI AMAN: Dua maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan dua kenderaan di Bukit Begunan, Kilometer 42 Jalan Sri Aman-Serian di sini, pagi tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta PERODUA Kancil, Jembu Britain Ungat, 52, dan penumpang bahagian hadapan, Uja Nyaoh, 49.

Seorang remaja perempuan dalam kereta berkenaan, Thellphiner Dueh Jembu, 16, dilaporkan cedera parah.

Tiga lagi mangsa yang parah menaiki kereta PROTON Saga iaitu Zulfandy Kennedy Abdullah, 36; Siti Haziah Baha, 31; dan Nur Fatin Bahirah Zulfiandy Kennedy, 12.

Seorang kanak-kanak, Nur Dania Zulfiandy Kennedy, 5, cedera ringan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu membabitkan dua keluarga.

"PERODUA Kancil dinaiki tiga sekeluarga dalam perjalanan dari Serian ke Sri Aman manakala PROTON Saga dinaiki empat sekeluarga dari arah bertentangan.

"Dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sri Aman," katanya.

Berita Harian X