Khamis, 13 Oktober 2016 | 2:12pm
KEADAAN kereta dan van yang terbabit kemalangan. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
KEADAAN kereta dan van yang terbabit kemalangan. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

1 maut, 2 cedera kereta bertembung van

SEORANG mangsa nahas dibantu anggota perubatan. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
SEORANG mangsa nahas dibantu anggota perubatan. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

BAGAN SERAI: Seorang maut, dua cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan di Kilometer 102, Jalan Ipoh-Butterworth, berhadapan susur masuk Taman Serai Baiduri, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.24 pagi itu, mangsa, Norhafiszon Saari, 27, yang juga penumpang hadapan kereta Honda Accord maut apabila kereta itu terbabas lalu berpusing sebelum dirempuh sebuah van yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan turut menyebabkan pemandu van berusia 74 tahun tersepit di tempat duduk pemandu dan parah pada kaki kiri.

Bagaimanapun, pemandu kereta hanya dikatakan hanya cedera ringan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat, selain mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Nasir Wahab berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan pemandu van yang tersepit.

Berita Harian X