Jumaat, 21 Oktober 2016 | 9:31am
KEMALANGAN membabitkan empat kenderaan di Jalan Kampung Pandasan, di sini, awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba
KEMALANGAN membabitkan empat kenderaan di Jalan Kampung Pandasan, di sini, awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba
IDENTITI mangsa serta punca kemalangan masih belum dikenal pasti. - Foto ihsan Bomba
IDENTITI mangsa serta punca kemalangan masih belum dikenal pasti. - Foto ihsan Bomba

6 maut, 5 parah nahas empat kenderaan di Kota Belud

KEMALANGAN membabitkan empat kenderaan yang mengakibatkan enam maut dan lima parah di Jalan Kampung Pandasan, pagi ini. - Foto ihsan Bomba
KEMALANGAN membabitkan empat kenderaan yang mengakibatkan enam maut dan lima parah di Jalan Kampung Pandasan, pagi ini. - Foto ihsan Bomba

KOTA BELUD: Enam maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kampung Pandasan, di sini, awal pagi tadi.

Kemalangan pada kira-kira jam 5.50 pagi itu membabitkan sebuah Proton Saga, Proton Gen2, Perodua Kancil dan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Identiti mangsa serta punca kemalangan masih belum dikenal pasti.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 5.59 pagi sebelum menghantar sepasukan 11 anggota bersama dua jentera ke lokasi.

"Sebaik tiba, anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit," katanya di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X