Rabu, 23 November 2016 | 12:01pm
BAS persiaran rosak di bahagian hadapan selepas berlanggar dengan lori dekat Kuala Kangsar pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
BAS persiaran rosak di bahagian hadapan selepas berlanggar dengan lori dekat Kuala Kangsar pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengusung pemandu lori yang cedera dalam kemalangan dekat Kuala Kangsar pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengusung pemandu lori yang cedera dalam kemalangan dekat Kuala Kangsar pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

2 cedera, bas dan lori berlanggar

LORI muatan dedak terbalik di lereng bukit selepas berlanggar dengan bas persiaran dekat Kuala Kangsar pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
LORI muatan dedak terbalik di lereng bukit selepas berlanggar dengan bas persiaran dekat Kuala Kangsar pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

KUALA KANGSAR: Seorang pemandu dan kelindannya cedera selepas lori dengan muatan dedak yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas persiaran di Kilometer 238.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, pemandu lori berusia 44 tahun dan kelindannya warga Nepal, cedera.  

Difahamkan, bas persiaran yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang dari Genting Highlands berlanggar dengan lori membawa muatan dedak itu, mengakibatkan lori terbalik di tepi lebuh raya.

Bagaimanapun, pemandu bas dan 29 penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Abd Aziz Mohd Noor, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8 pagi dan sebaik tiba, anggota mendapati lori berkenaan terbalik di lereng bukit tepi lebuh raya, manakala kelindan lori yang tercampak keluar dari lori itu, cedera di kaki.

Katanya, kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu lori cedera.

"Anggota bomba bertindak menggunakan pengusung untuk membawa naik kedua-dua mangsa sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut.

"Operasi menyelamat tamat pada jam jam 8.34 pagi," katanya.

Berita Harian X