Ahad, 25 Disember 2016 | 7:21pm
 ANGGOTA bomba melakukan kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang di Jalan Tapah-Tanah Rata petang tadi.
ANGGOTA bomba melakukan kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang di Jalan Tapah-Tanah Rata petang tadi.

Pokok tumbang di laluan Tapah-Cameron Highlands dialihkan

CAMERON HIGHLANDS: Pengguna jalan raya Tapah - Tanah Rata berhampiran ladang Bharat Tea dekat sini terkandas lebih sejam selepas pokok tumbang di laluan itu petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.57 petang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati tiada mangsa atau kenderaan terbabit dalam insiden itu.

"Pasukan bomba menggunakan gergaji untuk memotong dahan pokok yang tumbang bagi membolehkan laluan berkenaan dibuka semula kepada trafik.

"Pihak TNB melakukan kerja penyambungan semula kabel selepas pokok tumbang menghempap tiang elektrik.

"Operasi tamat pada jam 5.10 petang sebelum laluan itu dibuka semula seperti biasa," katanya.

Berita Harian X