Sabtu, 4 Februari 2017 | 2:09pm

Tiga rumah nyaris hangus

TUMPAT: Tindakan pantas sepasukan anggota bomba mengawal api yang marak menyelamatkan tiga rumah daripada hangus dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Kok Pasir di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam tadi, sebuah rumah tidak berpenghuni hangus sama sekali.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 12.36 tengah malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian bersama 11 anggota dari Balai Bomba Tumpat dan Pengkalan Kubor.

Katanya, bomba mendapati api marak dan rumah sudah 80 peratus terbakar.

 ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan, malam tadi. - Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan, malam tadi. - Foto Ihsan Bomba

"Operasi pemadaman dilakukan segera kerana api mula merebak ke rumah berhampiran berikutan jarak yang terlalu rapat.

"Kita sempat menyelamatkan tiga rumah berhampiran daripada turut hangus," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan

Berita Harian X