Khamis, 2 March 2017 | 7:54pm
KEMALANGAN membabitkan dua kereta dan sebuah lori di Kilometer 39.3 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, Sungai Siput, hari ini. - Foto ihsan pembaca
KEMALANGAN membabitkan dua kereta dan sebuah lori di Kilometer 39.3 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, Sungai Siput, hari ini. - Foto ihsan pembaca
KEADAAN kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 39.3 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, Sungai Siput, hari ini. - Foto ihsan pembaca
KEADAAN kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 39.3 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, Sungai Siput, hari ini. - Foto ihsan pembaca

1 maut, 1 cedera kemalangan 3 kenderaan

SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah lori di Kilometer 39.3 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, pemandu PERODUA Alza, Muhammad Azlan Abdul Jalil, 27, beralamat Jalan Ipoh, Kampung Prik, Enggor, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Toyota Vios lelaki berusia 30 tahun cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Abd Fatah Abd Rahman berkata, kemalangan berlaku ketika kereta PERODUA Alza dipandu mangsa berhenti di kawasan pembahagi jalan untuk masuk ke kawasan taman perumahan.

Katanya, pada ketika itu pemandu Toyota Vios datang dari belakang sebelum merempuh PERODUA Alza menyebabkan kenderaan itu terdorong ke laluan bertentangan.

"Sebuah lori yang datang dari arah bertentangan dari Sungai Siput menghala ke Kuala Kangsar tidak sempat mengelak lalu merempuh merempuh PERODUA Alza itu menyebabkan pemandunya maut, " katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abd Fatah berkata, pemandu Toyota Vios cedera bahagian dalaman dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Ipoh manakala pemandu lori tidak cedera.

Berita Harian X