Ahad, 23 April 2017 | 11:29am
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa dua penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke pembahagi jalan dan merempuh sebatang pokok di Jalan Tun Fuad Stephen, Likas. - Foto Ihsan Bomba

Mohd Haidil Amran
Mohd Haidil Amran
Nur Azlina Tan
Nur Azlina Tan

2 penuntut UMS maut nahas

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa dua penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke pembahagi jalan dan merempuh sebatang pokok di Jalan Tun Fuad Stephen, Likas. - Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa dua penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke pembahagi jalan dan merempuh sebatang pokok di Jalan Tun Fuad Stephen, Likas. - Foto Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Dua penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut apabila kereta Toyota Vios dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Jalan Tun Fuad Stephen di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.41 pagi itu, Mohd Haidil Amran, 23 yang memandu dan Nur Azlina Tan, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan George Abdul Rakman, berkata siasatan awal mendapati pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa memandu di lorong kanan dan dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu ke UMS.

"Pemandu dipercayai beralih ke lorong kiri dan memintas sebuah kenderaan di hadapan sebelum menukar semula ke lorong kanan.

"Dalam keadaan itu, dia dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke pembahagi jalan dan melanggar sebatang pokok," katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan tersepit dalam kenderaan.

Katanya, mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh doktor dari Hospital Likas.

Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X