

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak (kiri) dan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman ketika sidang media pemakluman kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Wisma Sri Pahang. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Kenderaan yang membawa Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob tiba di Istana Negara bagi menziarah jenazah Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi. Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, 88, adalah Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto BERNAMA

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, dalam undian untuk Piala FA di Wisma FAM di Kelana Jaya, Selangor, sambil disaksikan timbalannya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kiri) pada tahun 1998. - Arkib NSTP

Istiadat persandingan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bersama Tengku Ampuan Pahang, Tengku Ampuan Afzan. - Foto ihsan Koleksi SUK Pahang

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (barisan depan, kanan sekali) juga aktif bermain hoki. - Foto ihsan Koleksi SUK Pahang

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah (tengah) dan Timbalan Presiden, Tengku Abdullah (empat dari kiri) tiba ke Mesyuarat Kongres Tahunan ke-48 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun 2012. - Arkib NSTP

Sultan Ahmad Shah sebak ketika bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan pada 2015. - Arkib NSTP

Sultan Ahmad Shah bermesra dengan kanak-kanak selepas solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Haji Ahmad 1 di Kuantan, pada tahun 2014. - Arkib NSTP

Sultan Ahmad Shah bermesra dengan mangsa banjir sambil mendukung Azika Syamiza Aziman, 1, ketika melawat Pusat Pemindahan Banjir Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak, Keratong di Muadzam Shah, pada tahun 2011. - Arkib NSTP

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah mendengar sesuatu dari Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ketika Mesyuarat Kongres Tahunan ke-48 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2012. - Arkib NSTP

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar (tengah) diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (kiri) merasmikan Ibu Pejabat Bomba Negeri Pahang di Indera Mahkota pada 2015. - Arkib NSTP

Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, memeriksa pengawal penghormatan sebelum membuka sesi pertama sesi keempat Parlimen keempat di Kuala Lumpur pada tahun 1978. - Arkib NSTP

Gambar fail, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (tengah) bersalaman bersama jemaah masjid selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Ahmad Shah pada 2015. - Foto Farizul Hafiz Awang

Antara ahli keluarga dan kerabat Diraja Pahang yang menziarahi jenazah Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Ahli keluarga dan kerabat Diraja Pahang menziarahi jenazah Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Pelajar tahfiz membaca al-Quran di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Sultanah Kalsom (dua dari kiri) bersama ahli keluarga dan kerabat Diraja Pahang ketika menziarahi jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di Dataran Putra bagi menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Van khas membawa jenazah Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menuju ke Masjid Sultan Ahmad Shah untuk solat jenazah dan seterusnya ke Makam Diraja Pekan. - NSTP/Zulkepli Osman

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin mengiringi van khas yang membawa jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah diarak menuju ke Masjid Sultan Ahmad Shah untuk solat jenazah dan seterusnya ke Makam Diraja Pekan. - NSTP/Zulkepli Osman

Askar Rejimen Artileri Diraja (RAD) melepaskan 88 das tembakan meriam pada Istiadat Pemakaman Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah di Makam Diraja Pekan. - NSTP/Zulkepli Osman

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menziarahi jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan. - NSTP/Muhd Asyraf Sawal

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua dari kanan) bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (kanan) bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ketika hadir menziarahi jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (dua dari kanan) dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar (dua dari kiri) di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Anggota tentera dan petugas istana berarak sambil memberikan penghormatan terakhir ketika mengiringi jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah menuju ke Makam Diraja. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua dari kanan) ditenangkan kekanda sulungnya, Yang Amat Mulia Tengku Meriam Sultan Ahmad Shah (kanan) sambil diperhatikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (dua dari kiri) dan Sultanah Kalsom, ketika hadir menziarahi jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika hadir menziarahi jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang