Isnin, 27 March 2017 | 12:01am
CHE Ta bersama suaminya, Zain Saidin. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
CHE Ta bersama suaminya, Zain Saidin. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
AAISYAH bakal muncul dengan program realiti sendiri berjudul 'Little Princess Aaisyah'. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
AAISYAH bakal muncul dengan program realiti sendiri berjudul 'Little Princess Aaisyah'. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Anak Che Ta kenal jenama tas tangan mewah

KUALA LUMPUR: Umurnya baru menginjak dua tahun, namun Aaisyah Dhia Rana, puteri kesayangan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, diasuh bagai seorang puteri dengan limpahan kasih sayang serta kemewahan harta benda.

Begitu juga dengan kecenderungan kanak-kanak yang mempunyai ramai pengikut di laman sosial terhadap dunia fesyen, di mana menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, anaknya itu boleh mengecam jenama produk mewah seperti tas tangan.

"Sebut saja Chanel, Birkin, Prada atau Louis Vuitton (LV), memang Aaisyah boleh mengagak serta meneka jenama terbabit.

"Pernah pada satu tahap, kalau saya bawa Aaisyah ke kedai tas tangan mewah, semua dia mahu dan dia suruh beli.

"Saya terpaksa 'umpan' dengan memegang beg kertas kosong untuk mengaburi mata Aaisyah. Tapi selepas diperiksa kandungan beg kertas terbabit kosong, mulalah dia tercari-cari tas tangan berkenaan," katanya kepada BH Plus.

Melihat lagak dan gaya Aaisyah, caranya mirip gadis matang dengan kecenderungan bersolek dan memakai gaun.

AAISYAH boleh mengecam jenama produk mewah seperti tas tangan. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
AAISYAH boleh mengecam jenama produk mewah seperti tas tangan. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
IMAGE
AAISYAH Dhia Rana. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
AAISYAH Dhia Rana. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Malah, ketika anak kecil sebaya senang 'disogok' barang mainan seperti anak patung, Aaisyah lebih menggemari pakaian wanita dewasa, tas tangan, alat solek dan kasut - saling tak tumpah ibunya.

"Hingga abangnya, Ammar Effendy pernah menyebut Aaisyah macam gadis 20 tahun. Dia tak seperti usianya dan bijak.

"Kalau Aaisyah bersama dengan orang yang dia kenal dan sudah biasa, lagaknya bercakap memang macam orang yang sudah matang, ...seperti orang tua. Tapi kalau dengan orang yang dia tak kenal atau di depan khalayak ramai, dia memang sedikit pendiam.

"Saya jarang bawa Aaisyah ke acara tertentu. Jadi memang anak saya ambil masa untuk mesra. Cuma, kalau ada yang pandai ambil hati dengan 'mengumpan' Aaisyah itu dan ini, misalnya memberinya makanan, dia barangkali boleh jadi mesra," katanya.

Che Ta nafi 'jual' anak

Menyedari perlunya Aaisyah yang bakal muncul dengan program realiti sendiri berjudul 'Little Princess Aaisyah' terbitan Astro, Che Ta mengupah seorang guru bagi mengasuhnya setiap hari bagi mengimbanginya seperti kanak-kanak lain.

"Sejak tahun lalu, ada cikgu yang datang ke rumah mengajar Aaisyah seperti kanak kanak lain.

CHE Ta bersama puteri kesayangannya, Aaisyah Dhia Rana. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
CHE Ta bersama puteri kesayangannya, Aaisyah Dhia Rana. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

"Itu cara saya mengimbangi diri Aaisyah untuk membesar dengan normal biarpun bercampur dengan orang lebih dewasa. Ketika bersama cikgu, dia seperti kanak kanak biasa," kata pelakon yang terkenal melalui karakter Kiah Pekasam itu.

Che Ta mengaku ada pihak skeptikal dengan cara dia membesarkan Aaisyah termasuk memberikan kemewahan berlebih-lebihan kepada anak tersayang. Malah, tindakannya mendedahkan Aaisyah ke dunia glamor juga dianggap seperti 'menjual' anak sendiri.

"Bagi saya, kita hendak manjakan siapa lagi kalau bukan anak atau orang yang kita sayang. Bukan semua barang yang saya beli berjenama mewah. Tak semestinya semua barang cantik perlu berbelanja besar.

"Ada pakaian Aaisyah saya beli daripada jenama H&M ketika jualan murah. Budak kecilpun tak guna juga beli barang mahal kerana mereka pakai sekejap dan cepat membesar.

"Mengenai mendedahkan anak ke dunia hiburan, saya percaya ia berbalik kepada soal rezeki. Apa saja keuntungan yang diraih Aaisyah adalah untuk simpanan hari mendatang juga, ...tak timbul soal saya nak 'jual anak'.

"Tak tergamaklah saya nak makan duit hasil keuntungan anak sendiri," katanya.

CHE Ta (kanan) bersama anak-anaknya, Ammar Effendy, Aniq Ezzra dan Aaisyah Dhia Rana. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
CHE Ta (kanan) bersama anak-anaknya, Ammar Effendy, Aniq Ezzra dan Aaisyah Dhia Rana. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Sambut hari jadi di London, Paris

Satu-satunya anak perempuan, Che Ta mengaku membiarkan Aaisyah melaram seperti seorang puteri.

"Aaisyah memang saya besarkan seperti puteri. Dia dilayan seperti puteri raja, ...iyalah anak tunggal perempuan.

"Mungkin saya suka bergaya, tempiasnya kena pada Aaisyah. Entahlah, memang jarang saya pakaikan Aaisyah jeans, seluar pendek atau singlet. Cuma adalah pada hari tertentu, penampilannya 'lari' daripada konsep puteri. Kalau tak, memang saya suka pakaikan Aaisyah gaun cantik.

"Malah saya turut mewujudkan tanda pagar 'little princess' sesuai dengan judul program realiti Aaisyah," katanya.

Baru-baru ini, Che Ta menyambut hari lahirnya yang ke-44 di London dan Paris bersama tiga anak tersayang, ahli keluarga dan teman rapat. Suaminya, Zain, bagaimanapun tidak turut serta kerana terikat dengan komitmen kerja dan perniagaan.

Selepas program The House menyaksikan sisi Rozita sekeluarga diintai peminat, Rozita bersama anak perempuannya akan muncul dalam program Little Princess Aaisyah melalui slot eBu pada jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD mulai 12 April depan.

Program ini turut menyaksikan Rozita dan Zain berkongsi tip keibubapaan.

Berita Harian X