Khamis, 30 March 2017 | 12:03am
RITA Rudaini bersama Airit Rayyan Rizqin (kanan) dan Airit Rafqa Arjuna (kanan). - Foto Zunnur Al Shafiq
RITA Rudaini bersama Airit Rayyan Rizqin (kanan) dan Airit Rafqa Arjuna (kanan). - Foto Zunnur Al Shafiq
RITA fokus dengan apa yang dilakukan dan tidak kisah tanggapan orang terhadapnya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
RITA fokus dengan apa yang dilakukan dan tidak kisah tanggapan orang terhadapnya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Rita tak peduli dituduh pengacau rumah tangga Aqasha

KETIKA hangat dituduh sebagai punca pergolakan rumah tangga Aqasha dan isterinya, Baizura Sabri, aktres Rita Rudaini mengambil pendekatan selamat dengan mendiamkan diri.

Menjadi mangsa kecaman netizen dan dijatuhkan hukuman tanpa usul periksa, ibu tunggal kepada Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna itu enggan terus larut dengan kontroversi terbabit.

Pelbagai label, tanggapan dan tuduhan dilemparkan terhadapnya, namun wanita kelahiran Perlis itu menjadikan semuanya sebagai perisai memajukan diri.

Percaya apa yang terjadi bagai ada hikmah tersendiri, pemilik premis perniagaan Rumah Kueh berkenaan terus memandang ke hadapan dan tetap meraih rezeki berpanjangan dalam dunia seni.

Berusaha menjejaki wanita jelita ini, baru-baru ini, Rita sudi berkongsi sedikit cebisan hatinya ketika dia dituduh menjalinkan cinta lokasi dalam drama Misi Laksa Laksam, terbitan Zeel Productions, lakonannya bersama Aqasha. Drama itu dijadualkan bersiaran menerusi slot Dahlia TV3 pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 7 malam, tidak lama lagi.

AQASHA (kiri) dan Rita Rudaini adalah watak utama drama Misi Laksa Laksam. - Foto Rohanis Shukri
AQASHA (kiri) dan Rita Rudaini adalah watak utama drama Misi Laksa Laksam. - Foto Rohanis Shukri

"Saya tak mahu komen apa-apa. Tak perlu saya panjangkan (isu ini). Saya tak kisah apa yang berlaku dan apa yang diperkatakan orang. Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap. Biarlah apa saja tanggapan orang (terhadap saya). Apa yang penting, saya kena fokus dengan apa yang dilakukan.

"Saya lebih suka fokus terhadap perkara yang dicintai. Kerjaya saya harus diteruskan dan apa yang saya mulakan tidak boleh terhenti begitu saja. Saya ada anak untuk dibesarkan," katanya.

Sisi lain, Rita bagai diberi rahmat tersendiri apabila buat julung kali diserahkan tugas sebagai pengacara anugerah besar di TV3. Beliau akan bergandingan dengan Sherry Alhadad dan AG Hot FM mengendalikan malam kemuncak Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 9 April ini.

"Saya teruja dan berbesar hati apabila diberi kepercayaan oleh TV3 bagi mengendalikan acara yang berskala besar dan penuh berprestij ini. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik pada malam itu. Inilah acara pertama yang menyaksikan saya bertindak sebagai hos. Sekalipun tiada pengalaman, TV3 membuka ruang untuk saya meneroka bidang baharu ini.

"Saya percaya, Sherry dan AG yang lebih berpengalaman dapat membimbing saya. Pada masa sama, saya tentunya gementar mengenangkan malam terbabit. Begitupun saya sahut cabaran ini dan doakan yang terbaik. Saya cuba jadi diri sendiri dan mengacarakannya dengan gaya semula jadi," katanya

PELAKON, Rita Rudaini. - Foto Rohanis Shukri
PELAKON, Rita Rudaini. - Foto Rohanis Shukri

RITA lebih suka fokus terhadap perkara yang dicintai.. - Foto Zunnur Al Shafiq
RITA lebih suka fokus terhadap perkara yang dicintai.. - Foto Zunnur Al Shafiq

Rita berkata, beliau juga selesa bergandingan dengan Sherry kerana kedua-dua mereka pernah berlakon sama.

"Kami sudah lama berkawan. Jadi, saya dan Sherry sudah tahu rentak dan perangai masing-masing. Walaupun tidak pernah bekerjasama dengan AG, saya ada juga terserempak dan saling bertegur dengannya. Jadi, kami juga bukanlah asing antara satu sama lain," katanya.

INFO

  • Kali pertama diberi peluang menjadi pengacara pada malam kemuncak DFKL pada 9 April ini.
  • Menjelang malam kemuncak, acara bengkel DFKL diadakan pada 1 dan 2 April depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
  • Rita kini sibuk menjalani penggambaran drama empat episod membabitkan jenama Panasonic bagi siaran TV3 pada Ramadan nanti.
Berita Harian X