Rabu, 19 April 2017 | 12:17am
RAHIMA membuat lakaran motif bagi koleksi pakaian di butiknya. - Foto Edmund Samunting

RAHIMA (kanan) dan rakan kongsinya memeriksa koleksi tudung yang dipasarkan di bawah label Orchient di butik mereka yang terletak di pusat beli-belah Centre Point. - Foto Edmund Samunting
RAHIMA (kanan) dan rakan kongsinya memeriksa koleksi tudung yang dipasarkan di bawah label Orchient di butik mereka yang terletak di pusat beli-belah Centre Point. - Foto Edmund Samunting
RAHIMA (kiri) bersama rakan kongsinya menunjukkan koleksi pakaian di butik mereka di Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

ANTARA koleksi tudung yang dipasarkan di bawah label Orchient. - Foto Edmund Samunting
ANTARA koleksi tudung yang dipasarkan di bawah label Orchient. - Foto Edmund Samunting
ANTARA koleksi tudung di butik Orchient di pusat beli-belah Centre Point, Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting
ANTARA koleksi tudung di butik Orchient di pusat beli-belah Centre Point, Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

Bekas ratu cantik jadi tauke busana Muslimah

KOTA KINABALU: Rahima Orchient Yayah mungkin tidak sehebat Erra Fazira, yang mengembangkan bakatnya ke dunia seni, selepas bergelar ratu cantik Malaysia.

Namun, wanita berasal dari Tawau yang pernah menarik perhatian dunia apabila memenangi Miss Malaysia World 1994, sekali gus membawa nama negara ke pertandingan Miss World pada tahun itu, membabitkan diri dalam dunia perniagaan pakaian.

Memilih namanya sendiri, Orchient sebagai jenama pakaian, Rahima berkata, beliau ligat menceburi bidang perniagaan berkenaan selepas dicadangkan oleh sahabat baiknya.

RAHIMA menunjukkan koleksi pakaian di butiknya di Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting
RAHIMA menunjukkan koleksi pakaian di butiknya di Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

Produk jenama Orchient mula dipasarkan pada Mac tahun lalu dengan memperkenalkan aneka tudung dan pakaian Muslimah. Antara yang dihasilkan ialah gaun malam, blaus, seluar, skirt, abayah dan trench coats. 

"Pada peringkat awal perniagaan, memang timbul sedikit kebimbangan kerana masih tidak tahu sambutan pembeli, tetapi selepas beberapa bulan, Alhamdulillah ia mula mendapat sambutan luar biasa khususnya pengikut saya di laman sosial," katanya kepada BH.

Rahima yang mula berhijab empat tahun lalu mengambil inspirasi dari negeri asalnya dengan menerapkan corak motif Borneo dan hiasan menggunakan manik Sabah sebagai salah satu identiti rekaannya.

RAHIMA membuat lakaran motif bagi koleksi pakaiannya. - Foto Edmund Samunting
RAHIMA membuat lakaran motif bagi koleksi pakaiannya. - Foto Edmund Samunting

"Borneo khususnya Sabah memiliki banyak keistimewaan yang boleh diterapkan dalam rekaan fesyen tudung mahupun pakaian, sekali gus mampu menarik minat pelancong tempatan dan asing untuk mengenali Negeri Di Bawah Bayu," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan busana Orchient di semua cawangan Orchient di Centre Point, Kota Kinabalu dan Tawau, Sabah; Pasir Gudang, Johor serta Subang Jaya, Selangor atau secara dalam talian.

Jahit sendiri busana

Menurut Rahima, selepas mengikuti pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa, beliau memang aktif menjahit pakaian, namun hanya untuk kegunaannya sendiri.

"Situasi ini berterusan sehingga saya berumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, malah boleh dikatakan tidak pernah membeli baju raya sekeluarga disebabkan lebih selesa membeli kain dan menjahitnya sendiri.

"Saya gemar menghasilkan pakaian sendiri kerana mudah untuk memilih material, warna dan rekaan mengikut cita rasa tersendiri," kata ibu kepada dua cahaya mata lelaki berusia 17 dan 18 tahun.

RAHIMA pernah meraih perhatian rakyat Malaysia apabila beliau memenangi Miss Malaysia World sekali gus membawa nama negara ke pertandingan Miss World, pada 1994. - Foto Edmund Samunting
RAHIMA pernah meraih perhatian rakyat Malaysia apabila beliau memenangi Miss Malaysia World sekali gus membawa nama negara ke pertandingan Miss World, pada 1994. - Foto Edmund Samunting

Mengimbau penyertaannya pada pertandingan Miss World 1994 di Sun City, Afrika Selatan, beliau sekadar menempatkan dirinya di tangga ke-10 yang turut menyaksikan pelakon Bollywood, Aishwarya Rai dinobatkan pemenang utama ratu cantik dunia berkenaan.

Beliau juga adalah peserta wanita Islam dari Malaysia terakhir yang menyertai pertandingan Miss World sebelum fatwa mengenai wanita Islam dilarang mengikuti pertandingan ratu cantik dikeluarkan pada 1997.

INFO:

Nama Sebenar: Rahima Yayah

Umur:  40-an

Asal:  Tawau, Sabah

Status: Berkahwin

Anak:  Dua anak lelaki

Kerjaya: Pereka fesyen dan ahli perniagaan

Label Fesyen:  Orchient

Pencapaian:  Juara Miss World Malaysia 1994, 10 terbaik Miss World 1994

Berita Harian X