X
Khamis, 20 April 2017 | 12:05am
KEHADIRAN kumpulan hulubalang ternyata mencuri tumpuan tetamu majlis perkahwinan yang bertandang.
KEHADIRAN kumpulan hulubalang ternyata mencuri tumpuan tetamu majlis perkahwinan yang bertandang.
PASANGAN pengantin dua sejoli, Mohd Syafiq Fikri Mohd Rozai dan Nur Erna Liyana Zor menggunakan khidmat rakan-rakan kumpulan silat disertai mereka untuk memberi kelainan dan memeriahkan majlis perkahwinan.

MAJLIS perkahwinan unik yang berlangsung di Batang Kali, Selangor.
MAJLIS perkahwinan unik yang berlangsung di Batang Kali, Selangor.
SELAIN mengiringi pengantin berarak mengikut cara hulubalang Melayu lama, kumpulan Silat Cekak Malaysia Pekan Ulu Yam turut terbabit dalam persembahan seperti silat tari, kompang, marhaban, berzanji dan tahlil.

Hulubalang, dayang istana iringi pengantin

SEKALI pandang, suasana majlis perkahwinan Mohd Syafiq Fikri Mohd Rozai, 26, dan Nur Erna Liyana Zor, 25, tidak ubah seperti menyaksikan adegan dalam filem Melayu lama.

Pasangan pengantin dua sejoli itu diarak bagaikan istiadat pertabalan diraja zaman dulu, lengkap dengan iringan hulubalang bersama dayang istana yang mengenakan busana tradisional Melayu lama, penuh meriah dan berwarna warni.

Kehadiran kumpulan hulubalang berkenaan ternyata mencuri tumpuan tetamu yang bertandang kerana ia membawakan keunikan tersendiri dalam acara itu, selain berbeza dengan kebanyakan majlis perkahwinan yang diadakan.

PASANGAN pengantin dirai bagaikan istiadat pertabalan diraja zaman dulu, lengkap dengan iringan hulubalang bersama dayang istana yang mengenakan busana tradisional Melayu lama, penuh meriah dan berwarna warni.

Berkongsi majlis yang berlangsung di Batang Kali, Selangor, Mohd Syafiq berkata, idea membawakan kumpulan hulubalang Melayu mengiringi perarakan pengantin adalah daripada rakan persatuan silat yang disertainya sejak enam tahun lalu.

Persembahan silat tari

Mohd Syafiq berkata, beliau sendiri adalah ahli Silat Cekak Malaysia di Pekan Ulu Yam dan berkenalan dengan isterinya yang turut menyertai persatuan berkenaan.

"Kami mempunyai kumpulan khas yang akan mengiringi pengantin dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersesuaian untuk majlis perkahwinan.

"Selain mengiringi pengantin berarak mengikut cara hulubalang Melayu, kami terbabit dalam persembahan seperti silat tari, kompang, marhaban, malah berzanji dan acara tahlil.

SUASANA majlis perkahwinan tidak ubah seperti menyaksikan adegan dalam filem Melayu lama.
SUASANA majlis perkahwinan tidak ubah seperti menyaksikan adegan dalam filem Melayu lama.

"Tujuan kami adalah untuk mengembalikan semula kegemilangan adat istiadat Melayu lama, terutama pemakaian busana tradisional yang semakin dipinggirkan dalam kebanyakan upacara kebesaran masyarakat kita seperti majlis perkahwinan," katanya.

Melihatkan keseragaman rakan mengenakan baju Melayu teluk belanga lengkap dengan samping, bengkung, tengkolok atau tanjak serta mengenakan capal, Mohd Syafiq berkata, semua persalinan lengkap itu adalah koleksi peribadi milik mereka.

Busana lengkap hulubalang Melayu

"Sejak sekian lama persatuan silat kami memang terbabit dalam majlis perkahwinan, jadi kebanyakan kami memang mempunyai busana lengkap menyamai hulubalang Melayu lama.

"Semuanya atas inisiatif masing-masing yang membeli sendiri atau menempahnya supaya mudah dipakai apabila khidmat kami diperlukan," katanya.

HULUBALANG bersama dayang istana lengkap dengan persalinan busana tradisional Melayu lama.
HULUBALANG bersama dayang istana lengkap dengan persalinan busana tradisional Melayu lama.

Mengenai kumpulan silat yang disertainya, Mohd Syafiq berkata, mereka menawarkan khidmat yang sama kepada orang ramai jika ada yang berminat menggunakannya tetapi mengenakan bayaran pada kadar minimum.

"Kami hanya memberikan khidmat secara percuma kepada ahli tetapi mengambil sedikit bayaran jika membabitkan bukan ahli.

"Pada awalnya memang kami melakukan sekadar untuk suka-suka dan memeriahkan lagi majlis perkahwinan rakan, tetapi lama-kelamaan ia menjadi satu kebiasaan apabila setiap kali rakan berkahwin, kami akan meraikan mereka dengan cara ini.

"Selain lelaki, ahli kami juga adalah dalam kalangan wanita dan mereka turut menyertai perarakan dengan mengenakan baju tradisional seperti baju kurung dan kebaya," katanya.

Beliau berkata, kumpulan silat yang memiliki kira-kira 50 ahli itu aktif menjalani latihan dua kali seminggu yang kebiasaannya dilakukan pada sebelah malam.

INFO: Seni silat

- Silat adalah seni bela diri masyarakat Melayu Nusantara.

- Selain Malaysia, ia diamalkan di Brunei, Filipina, Indonesia dan Thailand.

- Penyebaran Islam ke Nusantara pada abad ke-14 menjadikan ia diajar bersama dengan silat.

Berita Harian X