Isnin, 24 April 2017 | 12:04am
PENGUNJUNG melihat pameran lukisan 'Henry Butcher Art Auctioneers' di Galeri Prima, Bangsar. - Foto Khairull Azry Bidin
PENGUNJUNG melihat pameran lukisan 'Henry Butcher Art Auctioneers' di Galeri Prima, Bangsar. - Foto Khairull Azry Bidin
ANTARA hasil seni 'Henry Butcher Art Auctioneers' yang dipamerkan di Galeri Prima, Bangsar. - Foto Khairull Azry Bidin
ANTARA hasil seni 'Henry Butcher Art Auctioneers' yang dipamerkan di Galeri Prima, Bangsar. - Foto Khairull Azry Bidin
PELBAGAI karya seni halus dilelong pada 'Henry Butcher Art Auctioneers' yang dipamerkan di Galeri Prima, Bangsar. - Foto Khairull Azry Bidin
PELBAGAI karya seni halus dilelong pada 'Henry Butcher Art Auctioneers' yang dipamerkan di Galeri Prima, Bangsar. - Foto Khairull Azry Bidin
SAMBUTAN terhadap majlis 'Henry Butcher Art Auctioneers' di Galeri Prima, Bangsar sangat menggalakkan. - Foto Khairull Azry Bidin
SAMBUTAN terhadap majlis 'Henry Butcher Art Auctioneers' di Galeri Prima, Bangsar sangat menggalakkan. - Foto Khairull Azry Bidin
ANTARA lukisan oleh Ismail Mat Hussin bertajuk Pantai Sabak yang dipamer pada majlis lelongan ini. - Foto Aizuddin Saad
ANTARA lukisan oleh Ismail Mat Hussin bertajuk Pantai Sabak yang dipamer pada majlis lelongan ini. - Foto Aizuddin Saad

Karya arca, instalasi pikat hati pengumpul seni generasi muda

SEBANYAK 131 lukisan dipamer pada majlis lelongan Henry Butcher Art Auctioneers di Galeri Prima, Bangsar. - Foto Aizuddin Saad
SEBANYAK 131 lukisan dipamer pada majlis lelongan Henry Butcher Art Auctioneers di Galeri Prima, Bangsar. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Sejak dimulakan hampir lapan tahun lalu, majlis lelongan seni kelolaan Henry Butcher Art Auctioneers Sdn Bhd mencatat sejarah tersendiri dalam landskap pembangunan seni halus di negara ini.

The Dream oleh Allahyarham Ibrahim Hussein misalnya pernah mencatat karya seni termahal apabila dibida pada harga RM500,500.

Seterusnya banyak lagi catan buah tangan pelukis tersohor seperti Abdul Latiff Mohidin dan Datuk Syed Ahmad Jamal berjaya dibida pada harga tinggi.

Bagaimanapun, kebelakangan ini karya instalasi turut menarik perhatian. Terbaru Takhta Perebutan oleh Raja Shahriman Raja Aziddin turut berada dalam senarai lelongan seni yang berlangsung di Galeri Prima, The New Straits Times (M) Press (NSTP), di sini.

Bagi Eksekutif Perhubungan Awam dan Acara Henry Butcher, Anna Yusof, sambutan masyarakat terhadap lelongan seni awam amnya dan karya instalasi khususnya sangat menggalakkan.

PEMINAT meneliti hasil seni pada majlis lelongan Henry Butcher Art Auctioneers di Galeri Prima, Bangsar. - Foto Aizuddin Saad
PEMINAT meneliti hasil seni pada majlis lelongan Henry Butcher Art Auctioneers di Galeri Prima, Bangsar. - Foto Aizuddin Saad

Berfikiran terbuka

"Kita boleh lihat hari ini pengumpul seni lebih berfikiran terbuka dalam memilih karya instalasi. Pandangan lapuk yang menyebut karya instalasi mengumpul habuk dan mengambil banyak ruang kini sudah berubah kerana berikutan peningkatan ilmu terhadap seni halus dalam masyarakat di negara ini.

"Mereka juga sudah pandai menilai kecantikan karya dalam format tiga dimensi yang memberi lebih banyak impak secara visual," katanya kepada Sastera&Budaya.

Selama ini, karya instalasi tidak begitu menarik minat penggemar seni halus meskipun tetap mempunyai pengamal dan pengikut tersendiri.

Sejak 1960-an nama seperti Anthony Lau dan Abdul Latiff, malah Raja Shahriman sendiri antara yang tampil dengan sentuhan magis dalam hampir setiap instalasi yang dihasilkan.

Takhta Perebutan dalam konteks ini misalnya boleh disimpulkan dengan ayat analisis yang mudah: politik, kuasa dan pertarungan.

Meskipun bermula dengan figura, perlahan-lahan Raja Shahriman bermain dengan isu yang lebih besar dan berfalsafah tinggi.

Selain Gembala, Gembala Mana O Gembala dan Takhta Perebutan yang dihasilkan pada 1997 mengangkat Raja Shahriman sebagai artis instalasi yang punya idea tersendiri.

Anna berkata, pola pemasaran semasa juga menarik untuk diperkatakan apabila muncul golongan pengumpul muda dalam usia 35 ke 45 tahun yang aktif berjual beli dalam majlis lelongan.

PENGUNJUNG meneliti hasil seni 'Henry Butcher Art Auctioneers' yang dipamerkan di Galeri Prima, Bangsar. - Foto Khairull Azry Bidin
PENGUNJUNG meneliti hasil seni 'Henry Butcher Art Auctioneers' yang dipamerkan di Galeri Prima, Bangsar. - Foto Khairull Azry Bidin

"Secara demografinya mereka ini sebahagian besarnya adalah Melayu diikuti Cina dan India. Kami sangat teruja dengan peningkatan pola ini.

"Mungkin ada yang mengumpul kerana tertarik dengan karya yang dihasilkan, tetapi ada juga yang berbuat demikian sebagai simbol status budaya," katanya.

Bida karya kasih sayang

Bagaimanapun kata Anna, yang paling menarik sebenarnya kemunculan kumpulan pengumpul karya seni yang sangat intim dengan perjalanan pengkaryaan artis itu sendiri.

Ini boleh dilihat berdasarkan kecenderungan subjek yang menjadi pilihan mereka.

Misalnya ada kumpulan pengumpul tertentu yang hanya akan membida untuk karya bertemakan kasih sayang ibu dan anak atau tarian, tetapi ada juga yang selesa mengumpul karya berdasarkan aliran yang ada dalam seni halus misalnya realisme, abstrak atau minimalis.

Berita Harian X