Selasa, 9 Mei 2017 | 12:06am
Penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz pada Jelajah Suria 10 Tahun di perkarangan Mydin USJ, Subang Jaya. - Foto Aziah Azmee
Penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz pada Jelajah Suria 10 Tahun di perkarangan Mydin USJ, Subang Jaya. - Foto Aziah Azmee

Zulin janji gandingan terbaik dengan Ogy, FBI



KUALA LUMPUR: Calon Top 5 kategori Artis Versatil Popular, Zulin Aziz, mengaku beliau dapat berasakan keserasian antara dirinya dengan bintang berpengalaman, Fauziah Ahmad Daud, apabila kedua-duanya bakal mengendalikan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 pada 14 Mei ini.

Walaupun awalnya agak gementar apabila dipadankan dengan artis berkaliber terbabit, selain Faizal Ismail (FBI), namun selepas beberapa sesi latihan, Zulin, 27, akui mereka semakin selesa dan serasi bekerjasama.

Acara kemuncak ABPBH 3.0 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bakal disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Kata Zulin atau nama penuhnya Farah Azleenda Abd Aziz, mengenali Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy yang begitu komited dalam kerja, membuatkannya berperasaan sebegitu.

"Kecut juga perut saya hendak berdiri satu pentas dengan Kak Ogy. Apatah lagi, kita tahu bagaimana cara dia bekerja, penuh komited dan sentiasa bersedia.

"Alhamdulillah, beliau seorang yang sangat 'sporting' dan saya mudah serasi dengannya. Dalam ketegasannya, saya banyak belajar daripada cara beliau bekerja," katanya kepada BH.

DARI kanan, Zulin Aziz, Faizal Ismail dan Ogy Ahmad Daud pada majlis sidang media Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular 3.0 di Balai Berita. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
DARI kanan, Zulin Aziz, Faizal Ismail dan Ogy Ahmad Daud pada majlis sidang media Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular 3.0 di Balai Berita. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

 ZULIN Aziz tercalon Top 5 kategori Artis Versatil Popular bagi anugerah ABPBH. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
ZULIN Aziz tercalon Top 5 kategori Artis Versatil Popular bagi anugerah ABPBH. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Kata Zulin, mereka bertiga sudah pun memulakan latihan setiap hari bagi memastikan masing-masing mampu memberikan persembahan terbaik kepada penonton, malam itu.

"Kami berkumpul dan menjalani latihan bersama-sama, dan mana-mana yang kurang, kami tambahkan, tidak kira bahagian sesiapa pun. Kami juga akan pastikan agar pengacaraan kami lancar dan tidak serabut.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan Insya-Allah, dengan sisa beberapa hari lagi, kami tidak akan mensia-siakan masa yang ada agar ABPBH 3.0 berjalan lancar dan mantap," ujarnya lagi.

Pada edisi ke-29, Zulin berpeluang menunjukkan kemampuannya berlawak apabila menjayakan segmen komedi yang juga penghargaan untuk Fauziah, selaku penerima anugerah pencapaian sepanjang hayat.

Sementara itu, akui Zulin juga, dalam kesibukan mengadakan persiapan bagi mengendalikan ABPBH 3.0, beliau terlupa seketika dirinya juga finalis acara terbabit. Dalam kategori Artis Versatil Popular, dirinya bersaing dengan Alif Satar,

Didie Alias, Zizan Razak dan pemenang pada edisi lalu, Ifa Raziah.

PENGACARA, Zulin Aziz pada Majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular 3.0 (ABPBH) di Balai Berita NSTP, Bangsar. - Foto Aziah Azmee
PENGACARA, Zulin Aziz pada Majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular 3.0 (ABPBH) di Balai Berita NSTP, Bangsar. - Foto Aziah Azmee

ZULIN serahkan 100 peratus kepada peminat dalam pengundian. - Foto Osman Adnan
ZULIN serahkan 100 peratus kepada peminat dalam pengundian. - Foto Osman Adnan

Zulin bagaimanapun meluahkan kesyukuran kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya sehingga mampu berada dalam senarai Top 5.

"Jujurnya, saya serahkan 100 peratus kepada peminat dalam pengundian. Apabila diberikan tanggungjawab sebagai hos, saya bagai sudah tidak memikirkan perkara lain lagi.

"Tetapi, tidaklah sampai langsung terlupa dengan usaha peminat yang sanggup mengundi kita. Penat lelah mereka sentiasa saya hargai," ujarnya.

Berita Harian X