X
Jumaat, 26 Mei 2017 | 12:05am
PELAKON dan pengacara, Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz. - Foto Osman Adnan
PELAKON dan pengacara, Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz. - Foto Osman Adnan
ZULIN tidak mahu terlalu galak bercerita tentang soal perasaan. - Foto NSTP/Zunnur Al Shafiq
ZULIN tidak mahu terlalu galak bercerita tentang soal perasaan. - Foto NSTP/Zunnur Al Shafiq
ZULIN (tengah) ketika menjadi pengacara Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) bersama Ogy (kiri) dan Faizal Ismail di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - Foto Luqman Hakim Zubir
ZULIN (tengah) ketika menjadi pengacara Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) bersama Ogy (kiri) dan Faizal Ismail di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - Foto Luqman Hakim Zubir
AHYA adalah jurulatih kecergasan peribadi Zulin. - Foto Instagram
AHYA adalah jurulatih kecergasan peribadi Zulin. - Foto Instagram

Zulin risau kongsi cerita hubungan bersama Ahya

PELAKON dan pengacara, Zulin Aziz, mengaku beliau bimbang untuk bercerita lebih lanjut mengenai hubungannya dengan anak bujang dramatis, Normah Damanhuri, Ahya Rosli.

Bukan hendak menyembunyikan sesuatu, sebaliknya juara Perang Bibir musim pertama itu risau sekiranya beliau galak bercerita, ada perkara kurang baik berlaku, seperti pernah dilaluinya sebelum ini.

"Hendak cakap macam mana mengenai hubungan kami ya? Orang tahu, dia menjadi jurulatih kecergasan peribadi saya, namun pada masa sama mereka juga ingin mengetahui lebih lagi mengenai persahabatan kami. Apa yang boleh saya katakan, saya selesa dengannya. Dia memang kawan yang saya senang untuk ke sana ke mari.

"Cuma, saya bimbang untuk bercakap lebih-lebih. Sebelum ini, saya pernah beriya-iya bercakap soal perasaan, tetapi ada benda yang tak baik terjadi. Jadi, kali ini saya tidak mahu terlalu galak bercerita," katanya kepada BH.

Zulin, 28, berkata apa yang pasti, Ahya, 29, sememangnya berusaha keras membantu dirinya dalam usaha menurunkan berat badan. Malah, pemuda itu jugalah yang memantau dari jauh sekiranya mereka tidak dapat melakukan aktiviti di gimnasium bersama-sama.

ZULIN Aziz dan Ahya Rosli. - Foto Instagram
ZULIN Aziz dan Ahya Rosli. - Foto Instagram

Dua tahun dulu, Zulin pernah menjadi bualan apabila hubungannya bersama anggota Forteen, Ariz, mendapat perhatian ramai. Saat itu, bukan sedikit kelompok yang tidak senang hati dengan perhubungan mereka, malah ada yang menuduh Zulin menggunakan 'taktik kotor' untuk mendekati jejaka berkenaan. Dengan pelbagai cerita ditabur, akhirnya hubungan beliau dan penyanyi itu renggang.

Namun, tahun lalu, nama Zulin kembali diperkatakan apabila penyampai radio Suria FM ini menggunakan khidmat Ahya, yang juga seorang model dan pelakon, sebagai jurulatih kecergasan peribadinya.

Malah, pernah bertebaran cerita, artis wanita serba boleh itu dikatakan begitu terdesak menagih cinta pemuda terbabit sehingga sanggup melaburkan banyak wang. Tidak terhenti di situ, turut kedengaran kisah Ahya dibawa bercuti olehnya.

Ketika ini, hubungan Zulin dengan keluarga Ahya juga dilihat semakin akrab dan senario itu kerap dikongsinya di laman Instagram. Justeru, timbul pula cerita bekas peserta program Pilih Kasih ini cuba menawan hati keluarga jejaka tinggi lampai berkenaan.

"Seperti mana saya selesa dengan Ahya, begitu jugalah saya dan keluarganya boleh jadi 'ngam'. Bersama keluarganya, saya tidak perlu susah-susah menjadi orang lain, sebaliknya kami jadi diri sendiri. Perangai gila-gila masing-masing akan keluar kalau berjumpa dan pelbagai topik boleh kami bualkan bersama-sama.

ZULIN Aziz dan Normah Damanhuri. - Foto Instagram
ZULIN Aziz dan Normah Damanhuri. - Foto Instagram

"Kalau tidak berjumpa pula, mulalah rasa rindu. Jujur, saya tak kisah apa orang hendak cakap mengenai hubungan saya dengan mereka. Saya selesa dengan Ahya dan keluarganya," katanya.

Beralih cerita mengenai kerjayanya di Suria FM, perkhidmatannya bersama stesen berkenaan akan genap setahun pada Jun depan.

"Alhamdulillah, saya makin diterima sebagai penyampai radio. Makin lama di situ, semakin banyak perkara baharu saya belajar. Dalam tempoh hampir setahun bersama mereka, sememangnya banyak ilmu yang saya dapat.

"Saya sendiri semakin menyenangi dunia penyiaran radio. Bantuan Halim Othman dan Fizi Ali juga banyak membantu saya ketika ke udara. Saya selesa bekerjasama dengan mereka," katanya

ZULIN semakin menyenangi dunia penyiaran radio. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman
ZULIN semakin menyenangi dunia penyiaran radio. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

INFO

  • Dilahirkan dengan nama Farah Azleenda Abdul Aziz di Kuala Lumpur.

  • Pernah menyertai program Pilih Kasih yang mula menyerlahkan namanya di arena seni.

  • Antara drama lakonannya ialah Joyah vs Bedah, Misiku Kuza, Lagenda Budak Setan dan Suamiku Mr Perfect.

  • Turut merakamkan single berjudul Terbiar yang dilancarkan sekitar Mac lalu.

  • Pernah mengacarakan Melodi, Anugerah Lawak Warna, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 dan Anugerah Bintang Popular BH 3.0.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X