X
Sabtu, 10 Jun 2017 | 12:05am

Kawal pengambilan kurma

PENGURUS Besar Baxter, George Kazzi (tiga dari kiri), Presiden Persatuan Nefrologi, Prof Dr Goh Bak Leong (tengah), Dr Lily dan Dr Suhaimi bersama pelukis.
PENGURUS Besar Baxter, George Kazzi (tiga dari kiri), Presiden Persatuan Nefrologi, Prof Dr Goh Bak Leong (tengah), Dr Lily dan Dr Suhaimi bersama pelukis.

PENGHIDAP kegagalan buah pinggang kronik (CKD) yang menjalani rawatan Hemodialisis (dialisis darah) dan Dialisis Peritonieal (PD) perlu mengurangkan pengambilan buah kurma berlebihan ketika berbuka.

Ini bagi mengelakkan komplikasi kerana kandungan fosfat di dalam buah kurma mengganggu kesihatan tulang.

Antaranya menyebabkan tulang pesakit mudah menjadi reput dan berisiko patah sekiranya terjatuh serta menjadi semakin rendah.

Ketua Jabatan dan Pakar Runding Nefrologi Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Dr Lily Mushahar, berkata kurma boleh dimakan tidak lebih daripada dua biji ketika berbuka puasa.

Tiroid lebih aktif

Beliau berkata, apabila fosfat yang terkandung di dalam kurma diambil secara berlebihan, ia akan menjadikan tiroid lebih aktif.

"Tahap fosfat yang tinggi dalam darah boleh menarik keluar kalsium dari tulang dan mengakibatkan tulang rapuh, gatal-gatal, sakit sendi, radang mata dan saluran darah menjadi keras," katanya.

Katanya pengambilan air juga perlu dikawal ketika berbuka bagi mengelakkan pengumpulan cecair berlebihan di dalam tubuh.

Bagaimanapun, ini bergantung kepada jumlah air yang keluar dari tubuh khususnya bagi pesakit yang menjalani rawatan PD kerana ia banyak mengeluarkan air antara 800 mililiter (ml) sehingga satu setengah liter.

Minum secukupnya

Pesakit digalakkan minum seperti biasa iaitu kira-kira 500 ml sama ada dalam bentuk air atau makanan cecair seperti bubur dan buah-buahan antaranya tembikai.

"Air yang terlalu banyak dalam sehari boleh menyebabkan bengkak pada bahagian badan menyebabkan pesakit mengalami kesukaran bernafas," katanya pada pelancaran kempen "Life Uninterrupted" untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai CKD dan pilihan rawatan antaranya PD.

Kempen dilancarkan dengan sokongan Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN), membolehkan pesakit membuat keputusan rawatan menerusi pameran.

Kawal makanan bergaram

Penganjur mempamerkan karya seni tujuh pelukis tempatan Linga Rajan, Syahbandi Samat, WeekendImInIove, Raisyyah Yeap, Rachel Gray, Aleff Ahmad dan Ajim Juxta di The Ledge Art Gallery, One Utama sehingga 4 Jun ini.

Sementara itu, Dr Suhaimi Masduki, 65, berkata beliau mampu menjalani ibadah puasa dengan tenang walaupun disahkan mengalami kegagalan buah pinggang sejak lapan tahun lalu.

"Saya bersyukur kerana boleh berpuasa walaupun menjalani rawatan PD yang dilakukan selepas Isyak setiap hari.

"Ketika bersahur, saya pastikan kurang makan makanan bergaram dan air hanya lapan gelas sehari.

"Air ketika bersahur, berbuka dan selepas menjalani rawatan," katanya yang juga bekas pakar mikrobiologi di Mardi.

INFO

Peningkatan lebih 100 peratus pesakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu.

* 10 penyebab utama kematian di Malaysia;

- Peningkatan 19.1 peratus sejak 10 tahun lalu.

Apakah kerosakan buah pinggang?

-Kerosakan fungsi buah pinggang sepenuhnya.

1. Penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) atau CKD tahap lima.

- Kekal dan tidak dapat dipulihkan.

Kesan penyakit buah pinggang:

- Tubuh melalui fasa keracunan kerana dipenuhi air dan sisa buangan berlebihan (uremia)

-Menyebabkan tangan dan kaki membengkak.

-Pesakit berasa letih dan lemah.

-Uremia membawa kepada sawan atau koma serta kematian.

dan menyebabkan kematian.

Rawatan:

-* Terapi dialisis.

1. Dialisis darah (hemodialisis)

2. PD -terapi urus sendiri di rumah.

* Pemindahan buah pinggang.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X