X
Sabtu, 17 Jun 2017 | 12:11am
MAHAGURU Muda merangkap Pengerusi Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin (tengah) melakukan demonstrasi aksi berbahaya dalam majlis Perhimpunan dan Penganugerahan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia 2017 di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Kayu rotan turut menjadi sebahagian senjata pesilat Seni Silat Lincah ketika pertunjukan di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

YANG di-Pertua Negeri Pulau Pinang merangkap Ulul Amri 1 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tun Abdul Rahman Abbas (kanan) bersama Pengerusi Majlis Tertinggi PSSLM, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin (dua dari kanan) merasmikan majlis Perhimpunan dan Penganugerahan PSSLM 2017 di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Ketibaan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang merangkap Ulul Amri 1 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tun Abdul Rahman Abbas (tengah) ketika majlis Perhimpunan dan Penganugerahan PSSLM 2017 di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

YDP Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) Negeri Pulau Pinang, Abdul Aziz Shaik Ahmad. - Foto Amir Irsyad Omar

AHLI Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) Negeri Selangor, Silfia Idora Mohd Amin. - Foto Amir Irsyad Omar

Waris Hang Jebat

BUTTERWORTH: Bermula dengan hanya lima murid, Seni Silat Lincah Malaysia yang diasaskan Allahyarham Tan Sri Omardin Mauju pada 1963, kini terus berkembang sehingga memiliki lebih empat juta pesilat di seluruh dunia.

Selain aktif di Malaysia, seni bela diri yang mempunyai hampir 400 pusat perguruan itu turut dipelajari pesilat di Indonesia, Brunei, Singapura, New Zealand, Madagascar, Korea Selatan, United Kingdom, Perancis dan Belanda.

Keistimewaan Seni Silat Lincah Malaysia adalah pergerakannya yang pantas mengikut gerak langkah dan semangat tempur yang diwarisi daripada pahlawan legenda Melaka, Hang Jebat sehingga ahlinya dikatakan mampu memiliki kekuatan tersendiri.

Lebih membanggakan, seni bela diri itu turut mendapat pelbagai pengiktirafan sehingga membolehkan pusat latihannya dibuka di sekolah, institusi pengajian tinggi serta di kawasan perumahan bagi memudahkan orang ramai mempelajarinya.

SERAMAI hampir 1,000 ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) hadir pada majlis Perhimpunan dan Penganugerahan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia 2017 di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Mahaguru Muda merangkap Pengerusi Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata pihaknya berbangga kerana mendapat pengiktirafan, termasuk daripada Kerajaan Persekutuan.

"Pengiktirafan yang diberikan kerajaan membolehkan PSSLM menjalin kerjasama dengan banyak agensi khususnya Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memperluaskan seni ini kepada generasi akan datang.

"Kita menyasarkan Silat Lincah Malaysia akan diajar di lebih 10,000 sekolah di seluruh negara di bawah kokurikulum sukan menjelang 2020," katanya selepas Majlis Penyampaian Ijazah PSSLM yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, pelatih, Nurrin Fatiha Oslan, 21, berkata pergerakan Seni Silat Lincah Malaysia yang ekstrem mendorongnya mempelajari ilmu persilatan yang diperkenalkan seorang rakannya ketika berusia 14 tahun.

Aksi berbahaya melompat gegelung api yang dilakukan pesilat pada majlis Perhimpunan dan Penganugerahan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia 2017 di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

SEBAHAGIAN aksi berbahaya yang dilakukan pesilat pada majlis Perhimpunan dan Penganugerahan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia 2017 di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

"Saya belajar silat sejak masih bersekolah dan ketika ini saya berbangga kerana dapat berkongsi ilmu kerana dilantik menjadi antara jurulatih silat yang bertanggungjawab melatih murid baharu sejak tahun lalu.

"Seni Silat Lincah berbeza berbanding silat lain kerana pergerakannya yang pantas menyebabkan ia sesuai dipelajari mereka yang sukakan aktiviti lasak selain ujian kenaikannya yang memerlukan ketahanan mental serta fizikal," katanya yang berasal dari Gombak, Selangor.

Rakannya, Silfia Idora Mohd Amin, 21, berkata dia pada mulanya takut belajar silat kerana bimbang akan mengalami kecederaan seperti patah tangan atau kaki akibat latihan yang keras.

"Bohonglah jika saya kata tidak takut untuk belajar Seni Silat Lincah kerana pergerakannya yang lasak, tetapi saya gagahi juga kerana tidak mahu menjadi wanita lemah dan mudah dipermainkan.

"Sejak itu saya sudah biasa ditumbuk dan dihentak dengan kayu atau buluh ketika menjalani ujian bagi membuktikan ilmu yang dipelajari meresap dalam diri," katanya yang menghabiskan masa antara tiga hingga empat jam seminggu untuk berlatih.

SERAMAI 1,000 ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memukul gong tanda perasmian majlis Perhimpunan dan Penganugerahan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia 2017. - Foto Amir Irsyad Omar

MAHAGURU Muda merangkap Pengerusi Majlis Tertinggi PSSLM, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang merangkap Ulul Amri 1 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tun Abdul Rahman Abbas (tiga dari kiri) pada majlis Perhimpunan dan Penganugerahan PSSLM 2017 di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

INFO

  • Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia adalah satu aliran silat tempur di Malaysia.
  • Diasaskan Allahyarham Tan Sri Omar Din Mauju yang aktif sejak 1963.
  • Mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai seni bela diri terbesar di negara.
Berita Harian X