Sabtu, 24 Jun 2017 | 12:10am

Tips pemakanan ketika perayaan

KUALA LUMPUR: Mengubah suai resipi makanan dengan menggantikan santan dengan susu rendah lemak atau susu cair antara tips pemakanan sihat ketika musim perayaan.

Pengambilan hidangan ringan sebelum mengerjakan solat Aidilfitri pula amat penting bagi mengelakkan perut mengalami "kejutan" selepas sebulan berpuasa pada Ramadan.

Pegawai Dietetik Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Adilah Muhammadun Basar, berkata juadah pagi dianggap sebagai pengalas perut sebelum menikmati hidangan lebih berat selepas solat.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai digalakkan mengamalkan prinsip sederhana ketika makan supaya makanan mudah hadam dengan sempurna.

Beliau berkata, secara fisiologinya ketika berpuasa perut sudah terbiasa menerima makanan pada awal pagi ketika bersahur dan lewat petang waktu berbuka.

PEGAWAI Dietetik UPM, Nur Adilah Muhammadun Basar.
PEGAWAI Dietetik UPM, Nur Adilah Muhammadun Basar.

Tingkat risiko berat berlebihan

"Makan secara berlebihan pada musim perayaan akan meningkatkan risiko berat badan naik secara mendadak selain mendapat penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

"Saranan pengambilan kalori berdasarkan Panduan Diet Malaysia (2017) untuk orang dewasa (berumur 18-59 tahun) yang sedentari adalah 2200 kkal sehari untuk lelaki dan 1900 kkal sehari untuk wanita.

"Justeru, kita perlu bijak membuat pilihan dan kuantiti makanan sepanjang musim perayaan ini supaya tidak melebihi saranan keperluan kalori seharian," katanya.

Nur Adilah berkata, kebanyakan juadah tradisi ketika raya adalah berasaskan minyak, lemak dan santan seperti rendang, lemang dan kuah kacang.

DIGALAKKAN mengamalkan prinsip sederhana ketika makan supaya makanan mudah hadam dengan sempurna. - Foto hiasan
DIGALAKKAN mengamalkan prinsip sederhana ketika makan supaya makanan mudah hadam dengan sempurna. - Foto hiasan

Ubah suai resipi untuk lebih sihat

Katanya, mengubah suai resipi masakan boleh menjadikannya lebih sihat seperti menggantikan santan dengan susu rendah lemak atau susu cair.

"Pilih makanan kurang minyak atau bukan berasaskan lemak serta santan namun sekiranya tiada pilihan, kawal kuantiti makanan. Sebagai contoh, hadkan pengambilan kuah berasaskan santan dalam lontong atau lodeh.

"Daging kambing mahupun lembu, kedua-duanya adalah dalam kumpulan makanan sama iaitu sumber protein dan kedua-duanya mengandungi kolesterol. Berbanding makanan lain dalam kumpulan sama, daging lembu dan kambing mempunyai kandungan kolesterol lebih tinggi berbanding ayam.

"Begitu juga pilihan antara ayam muda atau ayam tua, kedua-duanya mempunyai jumlah lemak dan kolesterol yang sama," katanya.

Lebihkan ulam-ulaman

Nur Adilah berkata, antara langkah bijak mengambil makanan dalam kumpulan ini secara sihat adalah dengan memilih bahagian tanpa lemak dan kulit ayam.

Katanya, konsep pinggan sihat atau suku-suku separuh membantu orang ramai mengawal pemakanan secara sihat.

"Lazimnya kita jarang dihidangkan juadah berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan. Namun, kita boleh melakukan perubahan dengan menyediakan pilihan ulam-ulaman seperti timun dimakan bersama rendang dan ketupat atau nasi impit dengan kuah kacang," katanya.

Isyariana bersyukur watak ‘Mak Ngah’ yang dibawa dalam drama Satukan Rasa menarik perhatian peminat sehingga banyak tawaran berlakon diterima. Foto/NSTP Rohanis Shukri
Isyariana bersyukur watak ‘Mak Ngah’ yang dibawa dalam drama Satukan Rasa menarik perhatian peminat sehingga banyak tawaran berlakon diterima. Foto/NSTP Rohanis Shukri

Info

Elak cirit-birit pada hari raya:

  • Jaga kebersihan ketika menyediakan makanan.
  • Pastikan sumber bekalan ais bersih dan menggunakan air yang dimasak.
  • Pastikan makanan tidak berbau atau rasa berubah sebelum makan.

Kalori diperlukan untuk sarapan pagi:

  • 200-201 kkal bersamaan dengan:
  • 4 kuih tat nanas atau biskut bersalut coklat.

Senarai kalori hidangan raya

  • Ketupat nasi/nasi impit 8 kiub kecil > 5,080 kalori
  • Ketupat pulut (palas) 1 biji > 50,130 kalori
  • Kuah Kacang 1 senduk > 50,130 kalori
  • Lemang 1 potong > 30,100 kalori
  • Lontong dengan sayur lodeh 1 mangkuk sederhana > 250,260 kalori
  • Rendang ayam 2 ketul kecil > 50,100 kalori
  • Sate ayam 5 cucuk > 80,200 kalori

Waktu Makan

  • Sarapan > 550,500 kalori
  • Minum pagi > 210,200 kalori
  • Makan tengah hari > 550,500 kalori
  • Minum petang > 210,200 kalori
  • Makan malam > 500,500 kalor

UBAH suai resipi untuk lebih sihat.
UBAH suai resipi untuk lebih sihat.

Berita Harian X