Rabu, 12 Julai 2017 | 12:07am
PROSES menghasilkan butang baju Melayu berasaskan kayu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
PROSES menghasilkan butang baju Melayu berasaskan kayu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
BUTANG baju Melayu berasaskan kayu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
BUTANG baju Melayu berasaskan kayu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
PROSES melekatkan gam dan menyembur warna pada butang perlu dilakukan pada waktu dan persekitaran sesuai. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
PROSES melekatkan gam dan menyembur warna pada butang perlu dilakukan pada waktu dan persekitaran sesuai. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
SETIAP set butang ditempatkan dalam kotak khas kedap udara dan kalis air. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
SETIAP set butang ditempatkan dalam kotak khas kedap udara dan kalis air. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
KOLEKSI perhiasan berasaskan kayu oleh Kayan. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
KOLEKSI perhiasan berasaskan kayu oleh Kayan. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Butang kayu baju Melayu unik

LAZIMNYA, butang baju Melayu diperbuat daripada aloi dan perak sama ada kosong atau bertatahkan manik dan permata tiruan pelbagai warna.

Namun, Kayan yang diterajui pasangan suami isteri muda, Mohammad Shahmin Mohammad Razali, 29, dan Sharifah Nur Sabrina Syed Hassan, 27, mencipta aliran fesyen terkini menerusi butang baju Melayu dan jubah diperbuat daripada kayu.

Mohammad Shahmin berkata, ilham menampilkan butang baju lain dari yang lain sudah bermain di mindanya pada Aidilfitri tiga tahun lalu, namun belum ada kemahiran menzahirkannya.

"Saya banyak melayari YouTube bagi memahami ilmu kraf kayu sebelum menyediakan lakaran dan grafik rekaannya. Untuk tempoh enam bulan, saya melakukan banyak eksperimen hinggalah menjelang sambutan Aidilfitri dua tahun lalu, empat rekaan berjaya diperkenalkan kepada umum," katanya.

Katanya, pada mulanya, butang baju Melayu uniknya itu hanya boleh dibeli melalui instagram peribadinya namun kini, tempahan diperluaskan sejauh Brunei, malah Amerika Syarikat.

KAYAN menggunakan beberapa spesies kayu tempatan meliputi pokok kayu raja (rosewood), walnut, semangkuk dan jati. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
KAYAN menggunakan beberapa spesies kayu tempatan meliputi pokok kayu raja (rosewood), walnut, semangkuk dan jati. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

PADA peringkat awal, butang baju Melayu unik ini hanya boleh dibeli melalui instagram Kayan. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
PADA peringkat awal, butang baju Melayu unik ini hanya boleh dibeli melalui instagram Kayan. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

12 rekaan menarik

Mohammad Shahmin berkata, butang baju Melayu Kayan kini tampil dengan 12 rekaan, termasuk lima yang mendapat sambutan hangat iaitu Back To Basic, Legend, Ombre, White Maple dan Duo.

Menggunakan beberapa spesies kayu tempatan meliputi pokok kayu raja (rosewood), walnut, semangkuk dan jati, kebanyakan kayu katanya diperoleh di perkampungan Orang Asli dan selebihnya di hutan sekitar Pahang dan Terengganu.

"Hakikatnya, saya sukakan struktur dan urat kayu yang memberikan rupa semula jadi. Khusus rekaan Ombre yang melantunkan lebih daripada satu warna, perbezaan itu ditonjolkan menerusi gandingan kayu rosewood, walnut, semangkuk dan jati," katanya.

Sementara itu, rekaan Duo dibentuk menerusi kombinasi kayu walnut dan maple manakala White Maple daripada kayu asli maple.

Khusus menjaga kualiti, setiap set butang berkenaan ditempatkan dalam kotak khas kedap udara dan kalis air.

"Kayu amat sensitif dengan perubahan suhu dan cuaca. Agar warnanya tidak pudar selain mengekalkan kualitinya, kami sediakan kotak khas bagi menyimpannya semula selepas dipakai," katanya.

Katanya, bagi memastikan butang kekal cantik, sesekali ia perlu digilap dengan kain basah sebelum disimpan semula.

MOHAMMAD Shahmin ketika menghasilkan butang baju Melayu berasaskan kayu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
MOHAMMAD Shahmin ketika menghasilkan butang baju Melayu berasaskan kayu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

KAYAN mencipta aliran fesyen terkini menerusi butang baju Melayu dan jubah diperbuat daripada kayu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
KAYAN mencipta aliran fesyen terkini menerusi butang baju Melayu dan jubah diperbuat daripada kayu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Pemilihan kayu tepat

Ditanya cabaran menyediakan butang baju Melayu lain daripada yang lain ini, Mohammad Shamin memberitahu mengambil masa memilih kayu tepat yang difikirkan sesuai untuk menghasilkan kraf kecil seperti itu.

"Silap memilih kayu, butang mudah pecah dan serpih selain menyulitkan proses menggam seterusnya menghaluskannya menggunakan kertas pasir," katanya.

Malah, proses menggam dan menyembur warna pada butang juga perlu dilakukan pada waktu dan persekitaran sesuai.

"Ia tidak boleh dilakukan di bawah matahari terik kerana ia akan cepat kering, sekali gus menghilangkan kemilau warnanya. Namun, ia tidak boleh dilakukan pada sebelah malam kerana wap air yang terperangkap pada kayu menjadikan permukaannya tidak rata, sekali gus tidak menarik dipandang," katanya.

Katanya, waktu sesuai untuk menyiapkan kemasan penyudah butang berkenaan ialah kira-kira jam 10 pagi kerana cuaca ketika itu banyak membantu dalam menghasilkan butang cantik dan berkualiti.

BUTANG baju Melayu Kayan kini tampil dengan 12 rekaan. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
BUTANG baju Melayu Kayan kini tampil dengan 12 rekaan. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

INFO
Butang baju Melayu kayu:

  • Diilhamkan tiga tahun lalu namun siap pada 2015.
  • Dijual pada harga serendah RM49 hingga RM149.
  • Proses menggam atau mencantumkan butang dilakukan menggunakan enam hingga lapan gam berbeza jenis.
Berita Harian X