Khamis, 13 Julai 2017 | 12:00am
TENTERA Israel memeriksa wanita Palestin di Hebron, Palestin.
TENTERA Israel memeriksa wanita Palestin di Hebron, Palestin.

UNESCO iktiraf Kota Lama Hebron Tapak Warisan Duniayahkan

KOTA Lama Hebron dimasukkan ke dalam Senarai Warisan UNESCO tidak lama lagi.
KOTA Lama Hebron dimasukkan ke dalam Senarai Warisan UNESCO tidak lama lagi.

PALESTIN dan Israel berbalah lagi. Kali ini ia membabitkan antara bandar raya paling tua dipenuhi penduduk di dunia, Hebron dan menariknya, ia adalah kawasan penting kepada penganut tiga agama utama di wilayah itu - Islam, Kristian dan Yahudi.

Nilai universal Hebron dilambangkan dengan Masjid Ibrahim, makam Nabi Ibrahim, Ishak, Yaakob dan isteri masing-masing.

Bagi melindungi nilai itu, Majlis Bandar Raya Hebron memulakan usaha persediaan memasukkan Kota Lama Hebron ke dalam Senarai Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia adalah inisiatif pertama di Palestin dan berhadapan cabaran membuktikan kepentingan kebudayaan Hebron di peringkat antarabangsa, Islam, Arab dan tempatan.

Inisiatif itu mendapat sokongan penuh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri ketika itu, Salam Fayyad.

Majlis Bandar Raya Hebron melakukan usaha terbaik ke arah mencapai matlamat mereka.

Pelobi antarabangsa membawa usul ke Sidang Kemuncak Pihak Berkuasa Tempatan Eropah ke-3 di Venice, yang menyerahkan cadangan sebulat suara menggesa Hebron diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.

KEBANYAKAN bangunan kediaman di Kota Lama Hebron diperbuat daripada blok batu-bata.
KEBANYAKAN bangunan kediaman di Kota Lama Hebron diperbuat daripada blok batu-bata.

Nilai universal penting

Pelbagai tugu purba dan bangunan dipulihara, menjadi saksi kepada masa lalu yang kaya dan makmur.

Selain menjadi kawasan suci kepada Islam, Kristian dan Yahudi, Hebron juga bertindak sebagai pusat ekonomi dan kebudayaan di persimpangan antara selatan Palestin, Sinai, timur Jordan dan Semenanjung Arab.

Sementara itu, diplomat Palestin mahukan pengiktirafan itu dalam usaha mendapatkan lebih banyak sokongan antarabangsa bagi menggoyahkan pencerobohan Israel.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) berkata, bandar raya itu dalam bahaya disebabkan amalan rejim Zionis dan permohonan mereka perlu diteliti rapi.

Palestin menyertai UNESCO pada 2011 dalam usaha meningkatkan harapan kemerdekaan wilayah itu.

"Kami percaya Kota Lama Hebron mempunyai nilai universal penting kepada rakyat.

"Ia mematuhi artikel Konvensyen Memulihara Kebudayaan dan Warisan Negara 1972.

"Palestin adalah anggota UNESCO dan kami menggunakan keanggotaan kami," kata ketua jabatan PBB di Kementerian Luar Israel, Omar Awadallah.

Malangnya, usaha keras Palestin ditentang keras rejim Zionis itu.

PENDUDUK Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibrahimi, Hebron, Palestin.
PENDUDUK Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibrahimi, Hebron, Palestin.

Cetus kemarahan Zionis

Hebron menjadi antara wilayah paling tegang di Tebing Barat. Ia, malah cuba memadamkan semua bentuk kaitan Palestin dengan Hebron.

Rejim itu tidak memberi sebarang kebenaran membuat sebarang usaha pemulihan di Kota Lama itu kerana penutupan semua kawasan.

Israel turut melarang pasukan teknikal UNESCO daripada melawat Kota Lama untuk menilai permohonan Palestin.

Pertikaian terbaru membabitkan pasukan kebudayaan PBB yang memutuskan sama ada Hebron perlu diisytiharkan zon perlindungan.

Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO mengundi Jumaat lalu mengenai resolusi dikemukakan Palestin yang mengiktiraf Hebron sebagai kawasan nilai universal terkemuka dunia.

Dalam undian berasingan Selasa lalu, jawatankuasa itu menyokong resolusi mengutuk tindakan Israel di Baitulmaqdis, yang mencetuskan kemarahan rejim Zionis itu.

Israel berkata, resolusi Hebron yang merujuk ia sebagai 'Islamik', menafikan kaitan Yahudi selama ribuan tahun dengan bandar raya itu.

KANAK-KANAK ceria bermain bola sepak jalanan di Hebron.
KANAK-KANAK ceria bermain bola sepak jalanan di Hebron.

SEORANG peniaga menyusun barangan di kedainya di Pasar Hebron, Palestin.
SEORANG peniaga menyusun barangan di kedainya di Pasar Hebron, Palestin.

Info

  • Pada usia 3,000 atau lebih Sebelum Masihi, Hebron adalah antara bandar raya tertua dunia.
  • Bandar raya itu dihuni lebih 100,000 penduduk Palestin dan kira-kira 800 peneroka Yahudi.
  • Ia wilayah paling tegang yang penting kepada tiga agama utama wilayah itu - Islam, Kristian dan Yahudi.
  • Hebron dirampas Israel ketika perang pada 1967, tindakan yang dianggap melanggar undang-undang oleh PBB.
  • Tumpuan perbalahan adalah Masjid Ibrahim yang suci kepada umat Islam dan puak Yahudi.
  • Pada 1994, ia mencatat peristiwa berdarah apabila Baruch Goldstein melepaskan tembakan ke arah penduduk Islam yang sedang bersolat, mengorbankan 29 orang, sebelum dipukul sehingga mati oleh mangsa terselamat.
Berita Harian X