Khamis, 13 Julai 2017 | 12:08am
MOHD Farhan (kiri) dan Azaizuri memeriksa perabot yang siap dihasilkan menggunakan kayu palet. - Foto Syamsi Suhaimi
MOHD Farhan (kiri) dan Azaizuri memeriksa perabot yang siap dihasilkan menggunakan kayu palet. - Foto Syamsi Suhaimi
MOHD Farhan dan Azaizuri (kiri) memerhati pekerja menyiapkan perabot menggunakan kayu buangan di Pengkalan Chepa. - Foto Syamsi Suhaimi
MOHD Farhan dan Azaizuri (kiri) memerhati pekerja menyiapkan perabot menggunakan kayu buangan di Pengkalan Chepa. - Foto Syamsi Suhaimi
MOHD Farhan (tengah) dan Azaizuri memantau pekerja. - Foto Syamsi Suhaimi
MOHD Farhan (tengah) dan Azaizuri memantau pekerja. - Foto Syamsi Suhaimi

Ubah kayu terpakai jadi wang

KOTA BHARU: Daripada membiarkan kayu palet terbiar mereput, dua sahabat, Mohd Farhan Fakri, 28, dan Azaizuri Ahmad, 38, menjadikannya sebagai perabot menarik dan dijual dengan harga mencecah ratusan ringgit.

Lebih membanggakan Mohd Farhan dan Azaizuri, sejak memulakan perusahaan membuat perabot daripada kayu palet, Mac lalu, kini mampu menarik nafas lega apabila hasil kreativiti mereka diterima masyarakat setempat dan negeri jiran.

Tanpa mengeluarkan modal yang besar berikutan bahan asasnya adalah daripada kayu yang terbuang, pelbagai jenis perabot boleh dihasilkan, antaranya kerusi, meja makan dan pejabat, rak serta perhiasan dinding.

Mohd Farhan berkata, pada asalnya beliau menjalankan kerja pengurusan sisa buangan dari pejabat termasuk komputer dan melihat banyak kepingan kayu yang turut diberikan sebelum beliau terfikir untuk menghasilkan perabot.

MOHD Farhan meneliti almari yang dihasilkan menggunakan kayu buangan. - Foto Syamsi Suhaimi
MOHD Farhan meneliti almari yang dihasilkan menggunakan kayu buangan. - Foto Syamsi Suhaimi

MOHD Farhan menunjukkan kayu palet yang diperoleh dari tempat pembinaan dan kilang. - Foto Syamsi Suhaimi
MOHD Farhan menunjukkan kayu palet yang diperoleh dari tempat pembinaan dan kilang. - Foto Syamsi Suhaimi

"Saya mula terfikir untuk menghasilkan sesuatu daripada sisa kepingan kayu ini dan apabila melalui kawasan pembinaan pula, banyak kepingan kayu yang digunakan untuk alas beg simen dibuang begitu sahaja.

"Bersama Azaizuri, saya mengambil keputusan untuk cuba menghasilkan perabot yang kini ramai orang menghasilkannya menggunakan kayu palet," katanya ketika ditemui di kilangnya, Laksana Cergas di Pengkalan Chepa di sini.

Beliau berkata, kayu palet didapati dari tempat pembinaan sama ada dibeli dengan harga yang murah atau mendapatnya secara percuma.

Sebaik menghasilkan beberapa jenis perabot, mereka memuat naik gambar ke laman sosial Facebook dengan tugas mempromosi itu dilakukan oleh Azaizuri.

MOHD Farhan (kanan) dan Azaizuri bangga dengan usaha mereka setakat ini. - Foto Syamsi Suhaimi
MOHD Farhan (kanan) dan Azaizuri bangga dengan usaha mereka setakat ini. - Foto Syamsi Suhaimi

MOHD Farhan (kiri) dan Azaizuri menunjukkan permainan dan tabung yang dihasilkan menggunakan kayu palet. - Foto Syamsi Suhaimi
MOHD Farhan (kiri) dan Azaizuri menunjukkan permainan dan tabung yang dihasilkan menggunakan kayu palet. - Foto Syamsi Suhaimi

Azaizuri berkata, mereka menerima reaksi positif apabila ramai berminat untuk mendapatkan perabot yang dihasilkan.

"Meskipun masih baru, kami menerima banyak tempahan perabot iaitu antara lima hingga enam set sehari, malah ada pelanggan yang mereka sendiri rekaan yang dikehendaki.

"Kami mengupah tiga pekerja untuk kerja ini bermula dengan bertukang, memasang dan mengecat. Malah, ada yang kreatif pula, menghasilkan aksesori seperti trak dan penyangkut kunci," katanya yang juga seorang jurulatih gimnasium dan memiliki lima cawangan di sekitar negeri ini.

Azaizuri berkata, harga yang ditawarkan mereka bagi perabot berkenaan amat berpatutan iaitu antara RM150 hingga RM600 bagi satu set atau unit tertakluk kepada permintaan pelanggan.

Katanya, pelanggan boleh datang ke kilang mereka untuk memilih dan membeli, malah pihaknya turut menyediakan khidmat penghantaran.

"Kami merancang untuk membina sebuah bengkel dalam masa terdekat bagi meluaskan ruang pembuatan perabot palet ini," katanya.

INFO

  • * Mengupah tiga pekerja bermula dengan bertukang, memasang dan mengecat.
  • * Menerima tempahan lima hingga enam set perabot sehari.
  • * Gambar perabot dimuat naik ke Facebook.
  • * Pendapatan bersih RM10,000 sebulan.
Berita Harian X