Rabu, 11 November 2015 | 11:42am
ANGGOTA Bomba membawa bayi dan penduduk kampung yang terperangkap akibat banjir yang melanda sejak lewat petang semalam. - Foto ihsan Bomba
ANGGOTA Bomba membawa bayi dan penduduk kampung yang terperangkap akibat banjir yang melanda sejak lewat petang semalam. - Foto ihsan Bomba
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam mengusung mangsa banjir, Esah Abdullah, 95, dari Kampung Kedai, Baling untuk dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam mengusung mangsa banjir, Esah Abdullah, 95, dari Kampung Kedai, Baling untuk dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor

Banjir: 300 penduduk di Baling dipindahkan

KEADAAN rumah yang dinaiki air berikutan hujan lebat sejak kelmarin di beberapa kampung di daerah Baling. - Foto Shahrizal Md Noor
KEADAAN rumah yang dinaiki air berikutan hujan lebat sejak kelmarin di beberapa kampung di daerah Baling. - Foto Shahrizal Md Noor

BALING: Kira-kira 300 penduduk membabitkan 70 keluarga di sekitar daerah ini dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara berikutan banjir yang melanda sejak lewat petang semalam.

Antara kampung terbabit ialah Carok Bendang, Tanjung Pari, Batu 60, Bukit Sebelah, Weng Dalam , Weng Luar, Banggol Derom, Kampung Siput, Lahar, Seri Ketengga, Haji Abas, Kampung Baru dan Kampung Lalang.

Banjir kedua yang melanda kawasan terbabit dalam tempoh seminggu itu berlaku selepas paras air di Sungai Ketil meningkat mendadak mulai jam 6 petang, susulan hujan lebat selama dua jam.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling berkata sehingga kini sembilan pusat pemindahan dibuka iaitu di Dewan Surau Weng, Surau Kampung Baru, Dewan Risda Kampung Tanjung Pari, Surau Kampung Seri Ketengga, Dewan Banggol Derom, Dewan UMNO Batu 60, Rumah Mesra Rakyat Kampung Siput, Surau Kampung Lahar dan Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Lalang.

Pasukan penyelamat membabitkan pelbagai agensi turut digerakkan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahana Awam Malaysia (JPAM), RELA, polis dan badan bukan kerajaan (NGO) setempat untuk membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap menggunakan bot.

WARGA emas dibantu untuk ke pusat pemindahan sementara. - Foto ihsan Bomba
WARGA emas dibantu untuk ke pusat pemindahan sementara. - Foto ihsan Bomba

Berita Harian X