Khamis, 14 April 2016 | 3:37pm
PENGERUSI Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim.
PENGERUSI Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim.

16 projek perumahan swasta terbengkalai di Perak

Sebanyak 16 projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan di Perak bagi tempoh 2010 hingga tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim, berkata daripada jumlah itu, 11 projek berjaya dipulihkan dan disiapkan.

Katanya, dua projek lagi dalam proses pemulihan manakala tiga projek dalam perancangan awal pemulihan.

"Sebelas projek terbengkalai yang dipulihkan itu ialah tiga di Ipoh, masing-masing dua projek di Gerik dan Batu Gajah serta satu projek di Kuala Kangsar, Kampung Gajah, Lenggong dan Kampar.

"Dua projek dalam proses pemulihan ialah di Tapah dan Ipoh manakala tiga projek dalam perancangan awal pemulihan ialah dua di Kampar dan satu di Beruas," katanya menjawab soalan lisan Tan Kar Hing (PKR-Simpang Pulai).

Rusnah berkata, kerajaan negeri memandang serius kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan khususnya kos sederhana dan rendah.

, dengan menyenaraihitamkan pemaju terbabit.

Berita Harian X