X
Rabu, 28 September 2016 | 3:02pm

Penunggang motosikal patah kaki dihempap pokok

Mangsa yang dihempap pokok. - Foto ihsan bomba
Mangsa yang dihempap pokok. - Foto ihsan bomba

IPOH: Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an patah kaki apabila dihempap sebatang pokok tumbang ketika menunggang motosikal berseorangan di Lorong Bercham 6, Kampung Bercham, di sini hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Ipoh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 7.28 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi.

Katanya, anggota bomba menggunakan gergaji untuk memotong pokok yang menghempap mangsa yang kemudian dihantar ke hospital oleh orang awam.

Katanya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zabidi Sehibi itu tamat pada jam 8.32 pagi.

Berita Harian X