X
Rabu, 12 Oktober 2016 | 5:04pm

Penunggang motosikal maut dirempuh

BAGAN SERAI: Seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 114 Jalan Ipoh-Butterworth, berhampiran Rumah Pam Kerian, Sungai Bogak, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa, R [email protected], 70, yang menunggang Honda EX5 dari arah Parit Buntar menghala Bagan Serai, mati di tempat kejadian sejurus dirempuh Toyota Hilux yang dikatakan hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaaco ketika mengesahkan kejadian, berkata mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Berita Harian X