Selasa, 26 Julai 2016 | 6:28pm

MEX buka laluan kontra percubaan KM11.5

KUALA LUMPUR: Maju Expressway (MEX) akan membuka laluan kontra percubaan dari KM11.5 sehingga KM7.9 (arah utara ke Kuala Lumpur) bagi mewujudkan aliran trafik lebih lancar kepada pengguna lebuh raya itu

.Laluan kontra yang akan dibuka untuk kenderaan ringan sahaja dari arah Putrajaya menuju ke Jalan Tun Razak di ibu negara bermula hari ini hingga 25 Ogos depan.

Jabatan Komunikasi Korporat dan Komersil MEX dalam kenyataannya kepada BH berkata, lorong laluan kontra itu akan dibuka dari Isnin hingga Jumaat selama dua jam bermula jam 7.

"Percubaan aliran kontra ini bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan dan memberi manfaat kepada pengguna semasa waktu puncak," kata MEX.

MEX berkata, pelaksanaan laluan kontra itu adalah sebahagian usaha operator lebuh raya itu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas kesan dari peningkatan aliran trafik di lebuh raya MEX.

Sebarang maklumat terkini mengenai lorong kontra dan laporan trafik boleh disemak melalui akaun MEXTraffic Twitter dan MEXTraffic Facebook atau talian hotline di 0383159111.

Berita Harian X