X
Jumaat, 2 September 2016 | 6:27pm

FAMA, Menara Kuala Lumpur anjur Fiesta Buah-buahan Tempatan

Pengarah Cawangan Pemborongan dan Pusat Pengedaran FAMA, Faisal Iswardi Ismail (dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan (dua dari kanan) dan Pengurus Komunikasi Korporat Menara Kuala Lumpur, Eliey Sahad (kanan) menikmati buah-buah tempatan ketika Fiesta Buah-Buahan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Menara Kuala Lumpur hari ini. Fiesta Buah-buahan FAMA bermula pada 1 sehingga 4 September ini turut menjual buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, nanas dan sebagainya. - Foto NSTP/Hafiz Sohaimi

KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur menganjurkan Fiesta Buah-buahan Tempatan bagi mempromosikan keenakan buah-buahan tempatan.

Pesta akan berlangsung di Menara Kuala Lumpur selama tiga hari itu bermula hari ini, jam 10 pagi hingga 6 petang.

Pengarah Cawangan Pemborongan dan Pusat Pengedaran FAMA, Faisal Iswardi Ismail, berkata pesta berkenaan adalah antara aktiviti untuk menggalakkan rakyat Malaysia menikmati buah-buahan tempatan.

"Ketika ini, setiap rakyat Malaysia mengambil kurang 100 kilogram (kg) buah-buahan setahun, berbanding pengambilan melebihi 100 kg di luar negara.

"FAMA sentiasa mengadakan aktiviti berkaitan buah-buahan apabila tiba musimnya dan pesta kali ini memberi fokus kepada durian sebagai tarikan utama pelancong," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, berkata acara tahunan bersama FAMA itu adalah inisiatif untuk memperkenalkan buah tempatan kepada pelancong luar negara.

"Purata kedatangan pengunjung adalah 2,500 orang dengan 80 peratus daripadanya adalah pengunjung luar negara," katanya.

Berita Harian X