Selasa, 31 Januari 2017 | 12:53pm
KEADAAN lori yang terbabit dalam kemalangan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan, Nilai, hari ini.
KEADAAN lori yang terbabit dalam kemalangan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan, Nilai, hari ini.

Kelindan lori cedera tersepit

ANGGOTA bomba mengeluarkan kelindan lori yang tersepit di tempat duduknya dalam kemalangan di Kawasan Rehat dan Rawat Seremban arah selatan.
ANGGOTA bomba mengeluarkan kelindan lori yang tersepit di tempat duduknya dalam kemalangan di Kawasan Rehat dan Rawat Seremban arah selatan.

NILAI: Seorang kelindan lori cedera akibat tersepit di tempat duduknya dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tiga tan dan sebuah bas persiaran, di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan, di sini, hari ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II N Krishnan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.11 pagi.

Katanya, sebuah jentera serta sebuah kenderaan Perkhidmatan Perubatan Penyelamat Kecemasan (EMRS) bersama tujuh pegawai dan anggota segera dikejarkan ke tempat kejadian.

Sebaik tiba, katanya sebuah lori didapati melanggar bahagian belakang sebuah bas persiaran di bahu jalan yang ketika itu tidak mempunyai pemandu dan penumpang, menyebabkan kelindan lori berusia 32 tahun itu tersepit.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan G Pavithran. Pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya di sini, hari ini.

Krishnan berkata, mangsa yang cedera pada kaki dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, menggunakan kenderaan EMRS.

Berita Harian X