Selasa, 4 April 2017 | 8:25pm

GP KOPDBKL 2017 tawar lebih RM500,000

Hafizh (tengah) akan mengharungi perlumbaan kompetitif 'Races of Malaysia' yang merangkumi dua perlumbaan motorsikal dan kereta - Kejuaraan Endurance Dunia (EWC) dan Kejuaraan Piala Touring Car Dunia (WTCR) di Sepang, minggu ini.

KUALA LUMPUR: Hadiah bernilai lebih RM500,000 menanti peserta pertandingan memancing GP KOPDBKL 2017 membabitkan lima pusingan, yang bermula di Tasik Ampang Hilir, Ahad ini.   

Pertandingan yang dianjurkan oleh Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  (KOPDBKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu akan diadakan dalam lima pusingan di beberapa tasik utama sekitar sini.

Bagi siri Pra-GP Ahad ini, penganjur menawarkan hadiah bernilai RM130,000 dan juara akan membawa pulang wang tunai RM80,000, naib juara menerima RM16,000 dan tempat ketiga mendapat RM7,000. Pemenang di tempat keempat hingga ke-60 juga akan menerima hadiah wang tunai. 

Kaunter pendaftaran dan pengesahan akan mula dibuka di Tasik Ampang Hilir, Sabtu ini bermula jam 12.00 tengah hari dan dibuka 24 jam. 

Berita Harian X