Sabtu, 17 Jun 2017 | 2:13pm

PPj agih 3,000 bubur lambuk

DATUK Seri Hasim Ismail (tengah) mengacau bubur lambuk pada Program Pengagihan Bubur Lambuk kepada penduduk Putrajaya melalui Majlis Perwakilan Penduduk di Perbadanan Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd noor
DATUK Seri Hasim Ismail (tengah) mengacau bubur lambuk pada Program Pengagihan Bubur Lambuk kepada penduduk Putrajaya melalui Majlis Perwakilan Penduduk di Perbadanan Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd noor

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) mengagihkan 3,000 bekas bubur lambuk kepada pengunjung dan penduduk di sini, hari ini.

PPj berkata, program agihan bubur lambuk itu adalah kesinambungan sejak lima tahun lalu yang

mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan penduduk setempat.

"Seramai 300 kakitangan PPj, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bergotong royong seawal jam 7 pagi bagi memasak dan membungkus bubur lambuk.

"Ia akan diagihkan kepada surau komuniti, kawasan kejiranan dan pengunjung Festival Ramadan Putrajaya.

"Sejumlah 150 kilogram (kg) beras dan lebih 15 kg daging serta ayam kisar digunakan sebagai ramuan utama dalam bubur lambuk yang dimasak dalam 15 periuk.

"Program ini adalah antara aktiviti Festival Ramadan Putrajaya bagi meraikan sambutan bulan mulai itu di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di sini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Program dirasmikan Presiden PPj, Datuk Seri Hasim Ismail.

Berita Harian X