X
Isnin, 18 Julai 2016 | 9:23pm

Terengganu bebas difteria

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri mengesahkan Terengganu masih bebas daripada virus difteria.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, berkata walaupun tiada kes dilaporkan di negeri itu, rakyat diminta terus mendapatkan rawatan jika ada tanda dijangkiti bakteria difteria.

Katanya, kerajaan negeri sudah mengarahkan Jabatan Kesihatan, hospital dan semua klinik kesihatan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Sesiapa yang mengalami sakit tekak dan kerongkong, menghadapi kesukaran untuk menelan makanan, lesu, pucat dan mengalami degupan jantung yang pantas, diminta segera mendapatkan rawatan.

"Ibu bapa yang mempunyai anak di bawah tujuh tahun diminta mendapatkan imunisasi lima serangkai bagi mengelak dijangkiti bakteria corynebacterium diphtheriae," katanya di sini, hari ini.

Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, berkata demikian sebagai mengulas penularan difteria hingga menyebabkan lima kematian di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, sehingga semalam 15 kes termasuk lima kematian dicatat disebabkan difteria.

Berita Harian X