Rabu, 27 Julai 2016 | 8:28pm

Rombakan bagi mengisi kekosongan dan persaraan - Ahmad Razif

MENTERI Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) pada Majlis Pelancaran Buku Ar-Ru'Asa Tokoh-Tokoh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK) 1911-2016, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Aswadi Alias
MENTERI Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) pada Majlis Pelancaran Buku Ar-Ru'Asa Tokoh-Tokoh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK) 1911-2016, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Aswadi Alias

KUALA TERENGGANU: Rombakan Majlis Tertinggi kerajaan negeri yang akan diumumkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman, pada 3 Ogos ini bertujuan mengisi kekosongan dan persaraan beberapa ketua jabatan kerajaan.

Ahmad Razif ketika ditemui media berkata, pihaknya sedang meneliti dan segala perubahan yang dilakukan dibuat berdasarkan keperluan semasa.

"Kita akan putuskan selepas melihat kesesuaian. Buat masa ini, kerajaan tidak boleh memberi jaminan mana-mana jawatan dikekalkan atau sebaliknya.

"Kita ada banyak kekosongan terutama bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), ketua sektor, CEO serta Yang Dipertua," katanya selepas Majlis Pelancaran Buku Ar-Ru'Asa Tokoh-Tokoh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK) 1911-2016, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai penerbitan Buku Ar-Ru'Asa , Ahmad Razif berkata, penerbitan buku berkenaan adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada 22 tokoh SUK bermula tahun 1911 hingga kini.

Berita Harian X