Ahad, 28 Ogos 2016 | 6:16pm

JPJ edar 2,000 Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya

PENGARAH Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan, Mahasan Mustapa (dua dari kiri) membuat pelepasan kumpulan bermotosikal kuasa tinggi sempena Program Kibaran Jalur Gemilang bersama Skuad Muda 1 JPJ di Beris Kubur Besar,Bachok. - Foto Nor Amalina Alias

BACHOK: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengagihkan kira-kira 2,000 Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Pengarahnya, Mahasan Mustapa, berkata program itu membabitkan pengagihan di Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Gua Musang dan Bachok.

Katanya, program itu turut disertai kumpulan motosikal berkuasa tinggi dari Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan serta kenderaan pacuan empat roda.

"Program dua hari ini julung kali diadakan dengan kerjasama penunggang motosikal daripada utara bagi menyemarakkan sambutan merdeka kali ini," katanya ketika ditemui sempena Program Kibar Jalur Gemilang bersama Skuad Muda 1JPJ di Beris Kubur Besar, di sini, hari ini.

Mahasan berkata, sehingga kini Skuad Muda 1JPJ mempunyai lebih 3,000 ahli di negeri ini sejak ditubuhkan pada 2014.

Katanya, ahli terdiri daripada individu, kelab permotoran dan persatuan berkaitan penggunaan jalan raya tanpa mengira had umur.

"Kami mahu ahli sebar maklumat mengenai keselamatan jalan raya dan jadi ikon masyarakat dari segi pemanduan dan penggunaan jalan raya," katanya.  

Berita Harian X