Khamis, 8 September 2016 | 4:29pm
Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman (kanan) beramah mesra bersama pelajar SMK Badang yang menyertai perarakan sempena perasmian penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan di Sekolah Mengengah Kebangsaan (SMK) Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu. - Foto Faris Zainuldin

Pelajar hargai perjuangan kemerdekaan

Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman (tengah) menyanyikan lagu Negaraku sambil melaungkan semangat merdeka sempena perasmian penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan di Sekolah Mengengah Kebangsaan (SMK) Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu. - Foto Faris Zainuldin

KOTA BHARU: Persembahan pantomin oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang dan SMK Pengkalan Chepa di sini memberi pengertian besar terhadap erti perjuangan kemerdekaan negara.

Persembahan kira-kira satu jam itu mengisahkan perjuangan Tok Janggut menentang penjajah sehingga terkorban, dijayakan sekumpulan pelajar di Dewan SMK Badang, di sini hari ini.

Mereka turut mengadakan sketsa serangan komunis yang mendapat perhatian tetamu, termasuk Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka merangkap Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Badang, Ahmad Fareez Emran.

Dalam ucapannya, Zaluzi mengingatkan kira-kira 1,000 pelajar agar tidak mengabaikan pelajaran, melihat sejarah perjuangan orang Melayu serta menjiwai semangat pemimpin terdahulu.

"Sebagai generasi pelapis, bukan sahaja perlu mahir dalam perkembangan ilmu teknologi, sebaliknya bijak dalam mengekalkan keamanan negara supaya dapat terus dinikmati generasi kini dan seterusnya.

"Pelajar sepatutnya terus menghayati sejarah perjuangan seperti dipelopori Perdana Menteri terdahulu yang juga Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra," katanya.

Terdahulu, Ahmad Fareez berkata, PIBG SMK Badang perlu memastikan aktiviti sekolah itu diisi program yang bermanfaat seperti persembahan pantomin menghargai kemerdekaan negara yang dianjurkan.

"Pelajar perlu berbangga dengan sejarah Jalur Gemilang yang membawa erti pembebasan negara daripada cengkaman penjajah," katanya.

Berita Harian X