Sabtu, 27 Ogos 2016 | 1:07pm
KEADAAN berjerebu di Johor Bahru dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana iaitu 96 setakat jam 10 pagi tadi. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
KEADAAN berjerebu di Johor Bahru dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana iaitu 96 setakat jam 10 pagi tadi. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Kualiti udara di Johor mula terjejas

KEADAAN berjerebu ketika dirakam dari Menara Aqabah di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang tengah hari ini dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan 104 iaitu pada paras tidak sihat. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Bacaan kualiti udara sehingga jam 11 pagi ini, menyaksikan kawasan Pasir Gudang terus mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 102.

Portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati daerah Muar turut mencatat peningkatan IPU tetapi dalam kategori sederhana iaitu 61 berbanding 57 pada jam 6 pagi tadi, diikuti Larkin Lama (93) dan Kota Tinggi (84).

Semalam, bacaan IPU di Johor masih dalam kategori sihat iaitu di bawah 50 sebelum mencatat peningkatan mendadak pagi ini.

Portal JAS turut memaklumkan beberapa titik panas dikesan di Pulau Sumatera selain tiupan angin antara 20 hingga 60 kilometer sejam dari kawasan berkenaan ke arah selatan Malaysia dan Singapura.

Berita Harian X