Khamis, 1 September 2016 | 12:01pm
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Wira Md Yunos Husin (tengah) meluangkan masa melawat Suah Pei Xian, 12, yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Bahasa Cina di Pusat Perubatan Mahkota akibat diserang demam denggi. - Foto NSTP/Khairunisah Lokman

Duduki UPSR di hospital

Rachelle Chua Xue, 12, (depan) yang dijangkiti Influenza A dan Suah Pei Xian, 12, (belakang) yang diserang demam denggi menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Bahasa Cina di Pusat Perubatan Mahkota, Bandar Hilir. - Foto NSTP/Khairunisah Lokman

MELAKA: Dua calon perempuan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Notre Dame di sini, terpaksa mengambil peperiksaan kertas ujian Bahasa Cina di hospital selepas dijangkiti demam denggi dan Influenza A.

Dua murid itu, Rachelle Chua Xue Lee dimasukkan ke wad di Pusat Perubatan Mahkota (MMC) Selasa lalu selepas dijangkiti virus Influenza A, manakala Suah Pei Xian dimasukkan ke hospital sama akibat demam denggi pagi semalam.

EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Wira Md Yunos Husin, berkata kedua-dua murid berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Saya dimaklumkan murid yang dijangkiti virus Influenza A mungkin dibenarkan keluar dari hospital petang ini, manakala murid yang dijangkiti denggi pula masih belum dapat dipastikan," katanya ketika ditemui selepas melawat kedua-dua murid itu bersama Pengarah Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari, sebentar tadi.

Nenek Pei Xian, Goh Eng Ngoh, 65, berkata cucunya itu diserang demam pada pagi Selasa lalu apabila mengadu berasa tidak selesa dan semakin lemah, sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan dirujuk ke hospital.

"Sebaik saja melihat Pei Xian semakin lemah dan memikirkan dia perlu menduduki UPSR, saya terus membawanya ke klinik dan hospital, sebelum dia disahkan dijangkiti demam denggi," katanya.

Sementara itu, Yunos berkata, seramai 13,379 calon menduduki UPSR di negeri ini pada tahun ini membabitkan 241 pusat peperiksaan terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, SJKC, SJK Tamil, Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Islam (SRI) swasta.

Berita Harian X