Rabu, 22 March 2017 | 4:15pm

Sultan Johor lancar Rumah Impian Bangsa Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan merasmikan Majlis Pra Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor, Yayasan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Turut berangkat, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail.

Projek itu bermula hasil cetusan idea Sultan Ibrahim bagi membantu rakyat yang masih belum memiliki rumah.

Rumah Bangsa Johor ini akan merangkumi pelbagai kategori harga dan jenis rumah dengan turut disediakan pelbagai kelengkapan rumah terutama peralatan elektrik.

Projek itu membabitkan lebih 1,800 unit di tiga lokasi bandar raya ini iaitu Bandar Dato Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana dengan harga antara RM80,000 hingga RM420,000.

Yayasan Sultan Ibrahim yang ditubuhkan pada 14 Julai tahun lalu bertujuan menyalurkan bantuan untuk kebajikan rakyat Johor terutama berkaitan isu pemilikan rumah.

RIBUAN Bangsa Johor memenuhi ruang legar untuk membuat pendaftaran sempena majlis pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor di Galleria@Kotaraya, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
RIBUAN Bangsa Johor memenuhi ruang legar untuk membuat pendaftaran sempena majlis pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor di [email protected], Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

Pada peringkat permulaan, tumpuan yayasan ialah menjayakan Rumah Impian Bangsa Johor yang menyasarkan pembinaan rumah mampu milik bagi golongan yang memerlukan.

Sebagai projek printis, Johor Corporation (JCorp) selaku agensi kerajaan negeri akan melancarkan projek ini di dua kawasan pembangunan bernilai tinggi dan strategik iaitu Bandar Bandar Dato Onn membabitkan 520 unit yang dijangka siap akhir tahun ini dan 320 unit rumah di Bandar Baru Majidee dijangka siap hujung tahun 2019.

Selain itu projek di Bukit Saujana dirancang oleh Mutiara S'City Sdn Bhd membabitkan 1,000 unit rumah.

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersalaman dengan Bangsa Johor ketika berangkat pada majlis Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor di Galleria@Kotaraya, Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersalaman dengan Bangsa Johor ketika berangkat pada majlis Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor di [email protected], Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin
RIBUAN Bangsa Johor memenuhi ruang legar untuk membuat pendaftaran sempena majlis pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor di Galleria@Kotaraya, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
RIBUAN Bangsa Johor memenuhi ruang legar untuk membuat pendaftaran sempena majlis pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor di [email protected], Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan merasmikan Majlis Pra Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahiml sambil di perhatikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan) dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (kiri) di Galleria@Kotaraya, Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan merasmikan Majlis Pra Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahiml sambil di perhatikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan) dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (kiri) di [email protected], Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (kanan) berkenan melihat pelan pembinaan projek Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (tiga dari kanan) di Galleria@Kotaraya, Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (kanan) berkenan melihat pelan pembinaan projek Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (tiga dari kanan) di [email protected], Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Berita Harian X