Ahad, 24 Julai 2016 | 6:18pm

Pekerja ladang hilang dipercayai dibaham buaya

KINABATANGAN: Seorang pekerja ladang hilang dipercayai dibaham buaya ketika memukat ikan di Sungai Tenegang, dekat sini, petang semalam.

Mohd Aris Tahir, 34, dipercayai ke sungai itu bersama seorang rakannya kira-kira jam 2 petang.

Selepas lebih sejam memukat, rakan mangsa yang berada di tebing sungai dikatakan melihat mangsa dibaham seekor buaya sebelum hilang dari permukaan air.

Difahamkan, laporan berhubung kehilangan mangsa hanya dibuat pada jam 1.20 tengah hari tadi di Ibu Pejabat Polis Kinabatangan, sebelum operasi mencari mangsa dilancarkan anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian.

Berita Harian X