Ahad, 25 September 2016 | 10:06pm

Mangsa dibaham buaya ditemui

Lokasi dipercayai seorang wanita dibaham buaya ketika mengutip biji sawit di Ladang Genting Mewah, di Kinabatangan. - pix ihsan JBPM Sabah. - Foto Hazsyah Abdul Rahman.
Lokasi dipercayai seorang wanita dibaham buaya ketika mengutip biji sawit di Ladang Genting Mewah, di Kinabatangan. - pix ihsan JBPM Sabah. - Foto Hazsyah Abdul Rahman.

KINABATANGAN: Mayat seorang wanita yang dipercayai dibaham buaya ketika mengutip biji sawit di Ladang Genting Mewah, dekat sini, ditemui awal pagi tadi.

Mayat Norala Alan, 22, ditemui oleh pekerja ladang terbabit kira-kira jam 2.30 pagi tadi di lokasi yang sama mangsa dilaporkan hilang, semalam.

‎Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Rantey Fred, berkata mayat mangsa yang juga warga Filipina kemudian dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk tindakan lanjut.

Katanya, pihak hospital mengesahkan ada kesan luka di tangan dan belakang mangsa.

‎"Berdasarkan pekerja ladang, mangsa dilihat dibaham buaya ketika mengutip biji sawit di tebing anak sungai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

‎Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, mangsa dikatakan pergi ke tebing anak sungai itu untuk mengutip biji sawit sebelum dilihat dibaham buaya oleh pekerja ladang yang lain.

Berita Harian X