Isnin, 6 Februari 2017 | 7:07pm
PAIP yang disambung secara haram di sebuah kilang penternakan udang di Kampung Batu Payung, Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming
PAIP yang disambung secara haram di sebuah kilang penternakan udang di Kampung Batu Payung, Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming
PEGAWAI dan anggota Jabatan Air Tawau memeriksa sambungan paip haram di sebuah kilang penternakan udang di Kampung Batu Payung, Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming
PEGAWAI dan anggota Jabatan Air Tawau memeriksa sambungan paip haram di sebuah kilang penternakan udang di Kampung Batu Payung, Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Kilang ternak udang curi air

TAWAU: Jabatan Air Tawau menyerbu sebuah kilang akuakultur penternakan udang selepas disyaki membuat penyambungan bekalan air secara haram sejak enam bulan lalu di Batu Payung dekat sini, hari ini.

Tindakan kilang itu membabitkan jabatan berkenaan menanggung kerugian lebih RM10,000.

Serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu dibuat sepasukan anggota dan pegawai susulan aduan orang awam berikutan masalah dan bekalan air di kawasan Kampung Tinagat dan Batu Payung.

Jurutera Bahagian Jabatan Air Tawau, Izhar Hamka Ismail, berkata pemeriksaan lanjut mendapati premis itu membuat penyambungan haram secara terus dari paip milik Jabatan Air Tawau ke dalam kolam dan tangki simpanan yang dibina dalam kilang berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati wakil pihak majikan gagal menunjukkan dokumen berhubung meter yang digunakan dalam premis itu dan mengesahkan melakukan sambungan haram," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ops Sangkar dan pemotongan sambungan paip haram di kilang akuakultur berkenaan, hari ini.

Izhar berkata, pihaknya turut menyita beberapa peralatan dan dibawa ke Pejabat Jabatan Air Tawau untuk tindakan lanjut.

"Pemilik premis didenda mengikut Seksyen 49 (b) Enakmen Bekalan Air 2003 kerana melakukan penyambungan haram daripada sistem bekalan air sedia ada," katanya.

Berita Harian X