Rabu, 10 September 2014 | 12:13pm

Manchester United untung RM125 juta

LONDON: Manchester United dijangka mengumumkan rekod pendapatan kelab, hari ini yang difahamkan sekitar STG420 juta (RM2.1 bilion) untuk musim lalu dengan keuntungan mencecah STG25 juta (RM125 juta) yang dibantu dengan penjualan dua juta kemeja replika seluruh dunia.

Keputusan tahunan itu juga harus membabitkan butiran bayaran untuk bekas pengurus pasukan, David Moyes dan pasukan kejurulatihannya. Namun, angka itu tidak akan menunjukkan kerugian kewangan selepas gagal layak ke kejohanan di Eropah, tahun ini.

INFO

Penjualan baju kelab musim 2009-2010 sehingga 2013-2014

(Jualan purata kelab setahun)

1 Real Madrid 1,580,000

2 Manchester United 1,490,000

3 Barcelona 1,190,000

4 Bayern Munich 945,000

5 Chelsea 875,000

6 Arsenal 825,000

7 Liverpool 805,000

8 Marseille 385,000

9 Juventus 375,000

10 PSG 335,000

Berita Harian X