Jumaat, 9 Januari 2015 | 9:53am

Yaya Toure dipilih Pemain Terbaik Afrika kali keempat

PEMAIN Ivory Coast dan Manchester City, Yaya Toure ketika sidang media selepas menerima Anugerah Pemain Terbaik Afrika di Lagos, Nigeria hari ini. - Foto AP
PEMAIN Ivory Coast dan Manchester City, Yaya Toure ketika sidang media selepas menerima Anugerah Pemain Terbaik Afrika di Lagos, Nigeria hari ini. - Foto AP

LAGOS: Pemain tengah Manchester City dan Ivory Coast, Yaya Toure hari ini menjadi pemain pertama menang empat tahun berturut-turut Anugerah Pemain Terbaik Afrika.

Bintang berusia 31 tahun itu mengetepikan saingan penyerang dari Gabon yang kini beraksi untuk Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang serta penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama, yang kini bermain untuk Lille di France.

PEMAIN Ivory Coast dan Manchester City, Yaya Toure ketika berucap selepas menerima Anugerah Pemain Terbaik Afrika di Lagos, Nigeria hari ini. - Foto AP
PEMAIN Ivory Coast dan Manchester City, Yaya Toure ketika berucap selepas menerima Anugerah Pemain Terbaik Afrika di Lagos, Nigeria hari ini. - Foto AP

Toure menyamai rekod penyerang Cameroon, Samuel Eto'o sebagai pemenang empat kali namun Toure menjadi pemain pertama membolot anugerah itu empat tahun berturut-turut.

Toure menang anugerah berprestij Afrika itu untuk pertama kali pada 2011.

PEMAIN Manchester City, Yaya Toure (kiri) bersainga dengan pemain Sheffield Wednesday, Atdhe Nuhiu pada perlawanan Piala FA di Stadium Etihad, Manchester baru-baru ini. - Foto AFP
PEMAIN Manchester City, Yaya Toure (kiri) bersainga dengan pemain Sheffield Wednesday, Atdhe Nuhiu pada perlawanan Piala FA di Stadium Etihad, Manchester baru-baru ini. - Foto AFP

Pencapaiannya tahun lalu ialah membantu Manchester City menggondol juara Liga Perdana Inggeris serta membantu Ivory Coast layak ke Piala Dunia 2014 Brazil.

Jurulatih dan pengarah teknikal bola sepak 54 anggota Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF) megambil bahagian dalam undian bagi anugerah berkenaan. - AFP

Berita Harian X