Isnin, 26 Januari 2015 | 6:42pm
REAKSI Agnieszka Radwanska selepas tewas kepada Venus Williams pada aksi Terbuka Australia di Melbourne hari ini. - Foto AFP
REAKSI Agnieszka Radwanska selepas tewas kepada Venus Williams pada aksi Terbuka Australia di Melbourne hari ini. - Foto AFP

Terbuka Australia: Venus layak suku akhir

VENUS Williams meraikan kejayaan selepas menewaskan pilihan keenam dari Poland, Agnieszka Radwanska dengan 6-3, 2-6, 6-1. - Foto EPA
VENUS Williams meraikan kejayaan selepas menewaskan pilihan keenam dari Poland, Agnieszka Radwanska dengan 6-3, 2-6, 6-1. - Foto EPA

MELBOURNE: Juara Grand Slam tujuh kali, Venus Williams mara ke saingan suku akhir kejohanan tenis Terbuka Australia.

Pemain veteran berusia 34 tahun dari Amerika Syarikat itu menewaskan pilihan keenam dari Poland, Agnieszka Radwanska 6-3, 2-6, 6-1.

Ini adalah kali pertama Venus mara ke kelompok lapan terakhir kejohanan major sejak 2010.

Dalam saingan untuk memburu tiket ke separuh akhir dia akan menentang rakan senegara, Madison Keys. - AFP

INFO

Barisan suku akhir perseorangan wanita

(2) Maria Sharapova (RUS) mln (7) Eugenie Bouchard (CAN)

(3) Simona Halep (ROM) mln (10) Ekaterina Makarova (RUS)

(1) Serena Williams (AS) mln (11) Dominika Cibulkova (SVK)

(18) Venus Williams (AS) mln Madison Keys (AS)

(Nota: angka dalam kurungan menandakan status pilihan kejohanan)

Berita Harian X