Selasa, 27 Januari 2015 | 3:55pm

Khairul tekad bantu Pahang julang trofi pertama

PEMAIN Pahang (dari kiri) Azamuddin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid dan Mohd Hafiz Kamal bersama Pengurus Besar Al-Ikhsan, Mohd Shane Mohd Isa pada majlis pelancaran jersi baharu Pahang di Kuantan. - Foto Asrol Awang
PEMAIN Pahang (dari kiri) Azamuddin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid dan Mohd Hafiz Kamal bersama Pengurus Besar Al-Ikhsan, Mohd Shane Mohd Isa pada majlis pelancaran jersi baharu Pahang di Kuantan. - Foto Asrol Awang

KUANTAN: Penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid akur tugasan berat bakal digalas apabila pasukannya bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan bola sepak Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, Sabtu ini.

Namun, penjaga gawang utama itu tetap bertekad mahu membantu skuad Tok Gajah mempertahankan trofi berkenaan buat kali kedua berturut-turut dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia, musim ini.

Khairul Azhan bersuara betapa dia dan rakan sepasukan sudah bersedia mempamerkan prestasi terbaik biarpun akur JDT ada kelebihan bermain di gelanggang keramat mereka di Stadium Larkin.

Pemain berkenaan beranggapan ranjau sulit tetap akan dilihat namun dia percaya pengalaman milik Pahang boleh membantu mereka mengharungi cabaran dan membawa pulang piala pertama, musim ini.

Dia berkata selepas majlis pelancaran jersi baharu Pahang di aL-IkhsaN Sports Sdn Bhd (aL-IkhsaN) di sini.

Sementara itu, Mohd Hafiz Kamal yang baru pulih daripada kecederaan buku lali kiri berkata dia sedia diturunkan untuk membantu Pahang tampil mencipta kemenangan sulung, musim ini.

Berita Harian X