Sabtu, 31 Januari 2015 | 11:00am

Chelsea harus elak 'kena pijak' Man City di Stamford Bridge

PEMAIN pertahanan Chelsea dari Serbia, Branislav Ivanovic (tengah) melonjak tinggi dan menanduk masuk gol kemenangan pasukannya tanpa dicabar pemain Liverpool pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di Stamford Bridge, London, baru-baru ini. Chelsea menang 1-0. - Foto AFP
PEMAIN pertahanan Chelsea dari Serbia, Branislav Ivanovic (tengah) melonjak tinggi dan menanduk masuk gol kemenangan pasukannya tanpa dicabar pemain Liverpool pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di Stamford Bridge, London, baru-baru ini. Chelsea menang 1-0. - Foto AFP

STAMFORD Bridge boleh memberi impak besar mengenai arah tuju Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiranya Chelsea dapat mengutip tiga mata ketika menentang Manchester City, awal pagi esok.

Juara liga itu kini ketinggalan lima lama di belakang lawan dan tidak mampu mencicirkan mata di laman lawan untuk menghitung nasib mereka, musim ini.

Pengurus City Manuel Pellegrini sudah mengatakan betapa penting bagi pasukannya mengutip tiga mata jika mereka mahu mengekalkan status juara bertahan.

Sudah tentu dia melihat aspek Chelsea yang bermain 120 minit menggunakan hampir keseluruhan kesebelasan utama di separuh akhir Piala Liga ketika menewaskan Liverpool tempoh hari sebagai faktor yang penting dari segi kecergasan.

City yang sudah tersingkir daripada saingan Piala Liga harus mempunyai kelebihan kerana tidak bermain pada pertengahan minggu sekali gus membolehkan mereka memperbaiki kesilapan ketika persembahan buruk menentang Middlesbrough di Piala FA terutamanya di bahagian pertahanan.

Kelibat Yaya Toure pasti akan dirindui tetapi saya melihat Pellegrini memilih kesebelasan yang cukup baik untuk mendapat keputusan besar di Stamford Bridge.

PENYERANG Middlesbrough, Jelle Vossen (kanan) bersaing dengan pertahanan Manchester City, Vincent Kompany pada perlawanan Piala FA di Stadium Etihad, minggu lalu. - Foto AFP
PENYERANG Middlesbrough, Jelle Vossen (kanan) bersaing dengan pertahanan Manchester City, Vincent Kompany pada perlawanan Piala FA di Stadium Etihad, minggu lalu. - Foto AFP

Walaupun mereka layak ke final Piala Liga, Jose Mourinho mengetahui bahawa pasukannya sedang bermain di bawah tahap sebenar mereka terutamanya ketika kekalahan liga menentang Newcastle dan kekalahan memalukan di tangan Bradford City dalam saingan Piala FA.

Tambah perit, kelibat Diego Costa tidak dapat disaksikan selepas dia digantung tiga perlawanan di atas kesalahan melakukan kekasaran ketika menentang Liverpool.

Kini Mourinho berhadapan tugas berat untuk memastikan pasukannya bersedia tanpa penjaring utama mereka.

Kemungkinan The Blues juga akan beraksi tanpa Cesc Fabregas kerana kecederaan sekali gus menjadikan pasukan Chelsea sedikit goyah dengan pertukaran yang akan dilakukan untuk menggantikan nadi penting jentera tengah itu.

Keputusan seri akan memadai buat Chelsea tetapi saya melihat pasukan Pellegrini berupaya membawa pulang tiga mata dari Stamford Bridge.

RAMALAN STANLEY MINGGU INI

Hull City.............3 Newcastle..........3

Sunderland....... 2 Burnley.............2

Stoke................. 2 QPR....................1

Man United....... 3 Leicester...........1

C Palace............. 1 Everton.............2

Liverpool............ 3 West Ham........2

West Brom.......... 1 Tottenham......1

Chelsea............... 1 Man City.........2

Arsenal............... 4 Aston Villa.......1

Southampton...... 2 Swansea...........0

(NOTA: Penulis tamu BH Online adalah bekas pemain kebangsaan, termasuk beraksi dalam dua perlawanan menentang Manchester United.

Selain beraksi untuk Kuala Lumpur dalam Liga Malaysia, Stanley juga beraksi dalam liga di India dan Indonesia. Ketika ini dia adalah pengulas bola sepak di stesen televisyen ASTRO Supersports dan Arena)

Berita Harian X