X
Khamis, 12 Februari 2015 | 11:08pm
PASUKAN Ian Williams (kanan) mengemudi kapal layarnya sambil diekori pasukan Taylor Canfield pada suku akhir pertama Jelajah Alpari World Match Racing Piala Monsun 2015 di Teluk Danga, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PASUKAN Ian Williams (kanan) mengemudi kapal layarnya sambil diekori pasukan Taylor Canfield pada suku akhir pertama Jelajah Alpari World Match Racing Piala Monsun 2015 di Teluk Danga, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Piala Monsun 2015: Monnin buat kejutan di suku akhir

ERIC Monnin, ketua pasukan dari Swiss Match Rece Team bersama-sama rakan sepasukan dalam perlumbaan hari pertama kejohanan Piala Monsun 2015 di Teluk Danga, Johor Bahru. - Foto BERNAMA
ERIC Monnin, ketua pasukan dari Swiss Match Rece Team bersama-sama rakan sepasukan dalam perlumbaan hari pertama kejohanan Piala Monsun 2015 di Teluk Danga, Johor Bahru. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Jurumudi Switzerland, Eric Monnin mencipta kejutan apabila bangkit untuk menghuni tempat ketiga pada pusingan pertama suku akhir Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2015 di Teluk Danga di sini, hari ini.

Jurumudi pasukan Swiss Match Race yang menempah slot terakhir suku akhir, memperoleh dua mata selepas menewaskan pasukan WAKA Racing, yang dikemudi oleh Phil Robertson.

Pencapaian itu membolehkan Monnin mengikuti rapat pendahulu Ian Williams daripada pasukan GAC Pinder dan diikuti Taylor Canfield daripada pasukan US One.

Bercakap kepada media selepas perlumbaan pertama peringkat suku akhir, Monnin berkata mereka menampilkan persembahan baik, hari ini.

"Apabila anda melakukan kesilapan, nasib malang akan menimpa dan kami sentiasa mengingati perkara ini sehingga tamat perlumbaan, " katanya.

Sementara itu, Williams dan Canfield menepati ramalan apabila masing-masing berjaya mengutip dua mata.

Canfield berkata pasukannya berharap untuk mengekalkan rentak dengan memenangi lebih banyak mata pada perlumbaan seterusnya.

Dalam pada itu, wakil tunggal negara, Jeremy Koo, gagal ke pusingan suku akhir selepas gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam 11 perlumbaan pusingan kelayakan.

"Kami banyak belajar daripada perlumbaan ini serta jurulatih memberi kami beberapa input untuk memperbaiki diri. Kami akan menjadikan ini sebagai pengajaran berguna untuk bangkit semula," kata Koo.

Piala Monsun, pusingan akhir dalam Siri jelajah Dunia Alpari, menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM1.475 juta. - BERNAMA

KEDUDUKAN PERINGKAT SUKU AKHIR

In Wiliams (GBR) (GAC Pinder) 2-0

Taylor Canfield (US Virgin Islands/US One) 2-0

Eric Monnin (SWZ) (Swiss Match Race Team) 2-0

Phil Robertson (NZ) (WaKa Racing) 1-1

Keith Swinton (AUS) (Team Alpari FX) 1-1

David Gilmour (AUS) (Team Gilmour) 0-2

Mathieu Richard (FRA) (LunaJets) 1-1

Pierre Antoine Morvan (FRA) (Vannes Angglo 0-2

Berita Harian X