Jumaat, 6 March 2015 | 7:08pm
PEMAIN DRB Hicom, Abdullah Yusoff (kanan) menghalang pemain UiTM FC, Dao Bakary (dua dari kanan) dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium UiTM Shah Alam hari ini. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
PEMAIN DRB Hicom, Abdullah Yusoff (kanan) menghalang pemain UiTM FC, Dao Bakary (dua dari kanan) dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium UiTM Shah Alam hari ini. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Liga Perdana: PKNS FC tamat kemarau kemenangan benam Kedah

PEMAIN Kedah, Keith Nah (kiri) diasak oleh kapten PKNS FC, Abd Ghani (dua dari kiri) pada perlawanan Liga Perdana di Stadium MBPJ, hari ini. PKNS FC menewaskan Kedah 2-1. - Foto Sairien Nafis
PEMAIN Kedah, Keith Nah (kiri) diasak oleh kapten PKNS FC, Abd Ghani (dua dari kiri) pada perlawanan Liga Perdana di Stadium MBPJ, hari ini. PKNS FC menewaskan Kedah 2-1. - Foto Sairien Nafis

KELANA JAYA: PKNS FC yang tewas tiga perlawanan berturut, termasuk aksi Piala FA akhirnya kembali mencatat kemenangan dengan menewaskan Kedah 2-1 pada perlawanan keempat Liga Perdana di Stadium MBPJ, di sini, petang tadi.

Skuad kendalian E Elavarasan itu turun tanpa tiga tonggak - Patrick Ronaldinho Wleh, Khairu Azrin Khazali dan Fazli Baharuddin yang digantung akibat kad merah ketika mereka tewas 2-1 kepada Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pada aksi pusingan kedua Piala FA, Sabtu lalu.

Namun tuan rumah berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-14 selepas Farderin Kadir mudah menolak masuk bola lorongan pemain sayap, Faiz Isa untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid.

TANDUKAN kencang pemain Kedah, Muhamad Syafiq Ahmad (tiga dari kiri) berjaya menghasilkan satu gol pada perlawanan Liga Perdana di Stadium MBPJ hari ini. - Foto Sairien Nafis
TANDUKAN kencang pemain Kedah, Muhamad Syafiq Ahmad (tiga dari kiri) berjaya menghasilkan satu gol pada perlawanan Liga Perdana di Stadium MBPJ hari ini. - Foto Sairien Nafis

Kedah kemudian memperoleh dua peluang terbaik menerusi penyerang import, Chidi Edeh tetapi rembatannya pada minit ke-23 berjaya diselamatkan penjaga gawang PKNS FC, G Jeevananthan manakala sepakannya dalam kotak penalti pada minit ke-31 melambung tinggi.

Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe membawa masuk Ahmad Shakir Md Ali menggantikan Edeh pada babak kedua untuk menambah bisa di jentera depan dalam usaha memburu gol penyamaan, namun Jeevananthan terus beraksi cemerlang menyelamatkan gawang PKNS FC.

Sebaliknya menerusi satu serangan balas pada minit ke-88, PKNS FC berjaya menambah gol kedua hasil penyudah kemas Gabriel Guerra sebelum Kedah mendapat gol sagu hati menerusi Syafiq Ahmad pada masa kecederaan tetapi belum cukup mengelak Kedah daripada mengalami kekalahan sulung musim ini.

Dalam satu lagi perlawanan, DRB Hicom menewaskan UiTM 3-1 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Berita Harian X